Monday, June 28, 2010

sekadar pedoman sesama kita.

Assalamualaikum w.bt dan salam sejahtera semua wahai para bloggers yang tegar sekalian! :)

before apa-apa, tengok cartoon ni dulu eh.



so? mesti korang dapat tangkap apa yang saya cuba share kan? bukan apa,walaupun benda ni dah macam klise sangat,tapi dah makin menjadi-jadi pulak.melampau-lampau,saaaaaangat melampau!

ye,ye.tak lain tak bukan pasal MANUSIA BESAR buang MANUSIA KECIK!
take note eh! bukan BINATANG BESAR buang BINATANG KECIK!

tak payahla kot saya explain lagi.semua orang pun dah tau kan? gejala yang amat tidak sihat dan amat berdosa besar ni,lagi dimurkai ALLAH S.W.T. makin menjadi-jadi pulak.bak kata pelajar buat karangan SPM "tumbuh bak cendawan melata) :p

Banyak puncanya.Banyak faktornya.Faktor agama? sudah pasti.Tapi,pada pandangan saya la.ayat "kurang didikan agama semenjak kecil" macam dah kurang releven nak digunakan lagi.Korang pun tau kan? gadis bertudung labuh,jejaka budiman, yang bersekolah agama pun boleh tumpas! sekali lagi,ini pandangan saya.

err,sebenarnya saya mahu upload satu gambar yang bersangkutan dengan pernyataan di atas tadi.(dah upload pun,tapi saya remove balik) Rasanya cukuplah beliau dicerca masyarakat.mungkin sekarang beliau sudah insaf.Jadi,saya lupakan hajat untuk letak gambar beliau.rasanya,tak letak pun korang tau kan? ha?? tak tau? ape lagi,google.google. :)


 NAUZUBILLAH!


Tunjangnya,mungkin gelodak perasaan remaja.seperti ini?

                                 

Encik SEX tidak bersalah langsung dalam hal ini.Beliau merupakan nikmat yang dikurniakan ALLAH kepada insan-insan yang sudah SAH ikatannya,tiada lagi aurat di antara mereka,tiada lagi batas,ataupun dengan bahasa mudahnya kepada mereka-mereka yang sudah BERKAHWIN! bukan untuk mereka-mereka yang baru BERTUNANG, apatah lagi BERCOUPLE! ada paham? -pesanan untuk DIRI SENDIRI,dan korang-korang semua. :)

dannnnnnnnn.Bila berlakunya persetubuhan HARAM,dan TERlahirnya bayi yang langsung tidak berdosa,otak mula tidak bertindak waras.hasilnya?:





OH! cukuplah.tidak sanggup lagi menatap wajah ahli-ahli syurga ini dibuang tanpa belas.


Peringatan untuk DIRI,dan kawan-kawan semua: janganlah kita "mendoublekan" lagi dosa kita.Bila sudah tersilap langkah,jangan dibuang/dibunuh pula insan kecil itu.

ingatlah,sesungguhnya DIA MAHA PENGAMPUN.

Renungkan:

Maksudnya : “Daripada Maimunah Radhiallahu Anha beliau berkata : “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.”

( Hadis riwayat Ahmad, baik sanadnya) 


jumpa lagi ya? salam :)


Friday, June 25, 2010

OH! noooooooo!<<< tajuk paling poyo.tak dapat cari idea. (--")

Assalamualaikum w.b.t :)

Hello? apa khabar mu di sana? lama sudah tak berjumpa.kehkehkeh.

Hari ni dah 25.6.2010.Maksudnya,dah hampir 2 bulan saya bercuti dekat rumah terchenta ni.Dan, bermaksud juga,tinggal beberapa hari je lagi nak balik UPM balik.alahai.malasnya.malas.malas.malas.malas.

Mak! Abah! Nisah tak nak balik.nak duduk kat rumah.tak pun suruh UPM pindah sini.wuwuwuwuwu.

"mengade kau! dulu kata nak sangat masuk U,sekarang jangan nak malas-malas" bisikku kepada diriku sendiri.

Before cuti,
"ish! balik ni nak kena diet ni.tak boleh makan banyak-banyak.badan dah macam tong drum! Ingat,,DIET!"

After cuti,
"mak,ooo mak.nak bubur ayam."
"mak,nak laksa"
"mak,nak tomyam"
"mak,nak lala".lalalala. huh! hancusssssssss.!

dulu time kecik-kecik,dekat sekolah kan ada buku biru kan.Ala,bukan rekod kesihatan pelajar.sure korang pun ade kan? saya ingat lagi,dekat ruangan komen ibu-bapa,mak saya tulis
"kurang selera makan"~ bahahahahahaha.gelak guling-guling aku baca.Tapi betol,dulu saya cekeding je.sekarang je dah cekedong.
Dulu,bila timbang berat je,mesti saya antara yang teringan.Tapi time tu tak la bangga mane pun.budak-budak lagi!

tapi, SYUKUR, kurus-kurus saya,tak ade la sampai kurus macam ni:

oh! kesian beliau.saya rasa beliau kekurangan zat.

SYUKUR,bukan juga kurus begini:

                 oh! beliau tak sexy lagi.tidak.tidak.


daaannnnnnn! hah ini pon penting nih! segemOk-gemOk saya,tak adalah sampai begini:

err,jom kite diet sama-sama.Jom? jom?

dan,tak juga begini:

kesiannye beliau.susah nak bergerak.ape lagi berlari!

SYUKUR. :)

fuuuu.Masih bersyukur.dipanjangkan usia,disihatkan tubuh badan.ye,ye saya mengaku,as wanita,memang kami mengidamkan pinggang yang ramping.Tapi,bukan begini yehhhh::

Lihat pinggangku,rampiiiiiiiiingkan? awwwww!

"Eh,entri ape ni? ceh! dah nak habis baru tanya?" kata diriku kepada diri sendiri lagi. (--") entri ni sebenarnya tak bertema,tak bermotif.sekadar berkongsi cerita dengan kamu barangkali.jangan marah-marah ya? sebabbbbbbbb



ish! aku rase aku nak kena berhenti sebelom aku merepek meraban lagi nih!

amboi! sape kate aku gemok tu,meh sini meh! ceh! tak nak mengaku lagi tuuu.

okla kengkawan,
nak pegi jogging ni,
lepas tu nak pegi angkat berat.bahahahahaha~

c ya!

Tuesday, June 22, 2010

M.A.L.U!


Assalamualaikum w.b.t and selamat siang semua!! 
Err,sihat ke kamu-kamu semua?
Dah makan?
Dah mandi?
Dah.dah.dah.update blog? Hah??! Belom?pegi update cepat pegi.ehhhhhh,nanti-nanti! Baca entri ni sampai habis dulu eh.  :)
Err,perasan tak,sekarang ramai kakak-kakak pakai baju adik-adik diorang kan?got it? Tak got-got lagi?hehe. :P jom baca!
Hari tu,saya, Encik Abah dengan Puan Emak(mak tengah demam n batuk2,doakan mak cepat sembuh ya) pergila jalan-jalan dekat pasar malam,walaupun waktu tu petang je baru.Tengah-tengah dalam kereta,stop dekat traffic light,adela sorang minah ni,berhenti betul-betul tepi kereta Encik Abah.Dari atas,saya nampak cik adik ni bertudung hitam.Orangnya manis,semanis lollipop! Tapi, sayangnya baju cik adik ni tersangatla singkat,ketat,and jarang! Singkat mana?err,tak payah cakap pun kamu tahu kan? Ketat mana? Owhh! Ketat sampai saya pulak yang rasa tak boleh nafas dan rasa macam  nak tolong longgarkan sikit baju kakak kite ni.jarang mana? Ni lagi best,sampai orang-orang kat belakang boleh tahu warna apa baju dalam yang dia pakai. atau lebih spesifik lagi,kakak tu pakai warna biruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.Hambek!cik akak,tak payahla kot nak tayang-tayang,rugi diri sendiri,untungkan lelaki-lelaki hidung belang yang tengok je.

Owh.gambar ni mungkin sudah biasa kamu tengok.tapi bagi sape-sape yang belom tengok,nah! Tengokla gambar minah lupa makan ubat demam kot.
    Ehhh.tengok kejap sudah.jangan lama-lama yehhh. ;p

Saya tak la kata diri sempurna,tapi setakat hari ni masih waras untuk tidak berpakaian begini! Syukur.Oh.maluu!Oleh itu,ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak bilang aku,aku yang suuu.eh.eh.bukan.silap.kan dah tersasul.haish!yang sebenarnya, ibu-ibu,bapak-bapak siapa yang punya anak  macam ini,silalah pelengkung  mereka sekarang.!hadoiiii.Tudung dah cantik.cukup untuk menutup rambut dari pandangan lelaki bukan muhrim.tapi alahai,baju tu cik akak oii.Pendeknyee.ke akak buta?  Tak Nampak baju tu sesingkat itu?ke akak tersilap pakai baju adik akak yang darjah 2 tu?ke akak takde duit nak beli baju yang labuh sikit? Free-free je orang belakang akak dapat analisisa hak milik kakak tu.! Semua orang boleh Nampak G-string kakak tu.kalau lawa sekalipun,tak payahla nak tayang-tayang kak!Ish,kalau aku la yang duduk belakang kakak ni,nak je aku belikan telekung kat die suruh pakai.biar le die tengok bola(kot) pakai telekong!err,cik akak oi.tahu tak apa itu M.A.L.U?kalau tak rasa malu dekat orang ramai pun,tapi tanamkanlah sikit rasa M.A.L.U pada DIA.jangan lupa jugak,kesiankanlah diri sendiri.ingat hot sangat ke buat macam ni? Tapi tak mengapa,kita anggap mungkin kakak ni TERSILAP barangkali.Abah selalu pesan”Ingat,kita kena selalu berprasangka baik pada orang.”



Nak lagi? Nak lagi?<
Jap.jap.nak load gambar(PERINGATAN! BUKAN UNTUK MENGAIBKAN SESIAPA,TAPI SEKADAR RENUNGAN,PENGAJARAN,BUAT KITA)

Jeng..jeng..jeng..!!


        terlebih sudaaaaaaaaaa

So? What say you? Saya rasa macam nak gelak sambil guling-guling dekat  tengah-tengah jalan raya (melampau punye hiperbola kan?) bahahahah :P minah ni lupe makan ubat pening kot.tak pun lupe makan panadol active fast sebab otak dia macam tak berfungsi je.hadoiiii.minah oh minah.tudung dah cun,baju lengan pendek,pandai pulak kau cover dengan pakai benda hitam tu.tapiiiiii,ape kes tiba-tiba sesat pakai seluar pendek pulak ni?? Ke cik minah tak tahu beza  antara seluar pendek dengan seluar panjang?meh saya bagitau meh.seluar pendek,macam yang cik minah pakai tu la atau sewaktu dengannya.seluar panjang pulak,mesti melebihi paras peha,lutut,betis dan buku lali kita,atau yang sewaktu dengannya.OH! ke cik minah nak reka fesyen baru? Apelah salahnya pakai macam si manis dekat tepi awak tu.kan sopan,and dia still boleh main jugak kan?cik minah,macam saya saya cakap dekat atas tadi,awak tak ade perasaan M.A.L.U ke? Err,kalau tak nak malu pada public or malu pada diri sendiri,tolong  M.A.L.U pada DIA boleh?boleh? Again,kita buat anggapan mungkin cik adik kat atas ni TERSILAP!

CAUTION:saya tak kata diri sempurna,saya juga manusia biasa.Apa yang terluah cuma gelojak hati yang  terbakar melihat gadis-gadis sama jenis,yang sama spesies,yang sama-sama bergelar hawa memalukan diri sendiri depan manusia lain.percayalah,cubit peha kiri,peha kanan pun terasa.EH?ye ke?hehe.err,apa yang cuba nak disampaikan,bila tengok ada kaum sejenis yang memalukan diri sendiri secara SENGAJA,kami juga terpalit rasa MALUnya.Benar!
Ingat, berfesyenla sebagaimana yang kita mahu.sebagaimana yang kita rasakan sesuai.Tapi,dalam berfesyen jangan dihalalkan apa yang haram,jangan dipendekkan apa yang labuh,jangan diketatkan apa yang longgar,dan jangan dibukakan apa yang patutnya ditutup.-PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SAHABAT. :)

Renungkan:
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)


"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Sesungguhnya DIA MAHA BERKUASA.


psssst:jika ada yang terasa,terkecil hati,termenyampah dengan tilisan saya.Maaf! saya cuma berkongsi cerita.supaya kita menjadi hamba-hamba yang dilindungiNYA.amin.







Friday, June 18, 2010

Merajinkan diri jawab tag oke!

TERIMA KASIH miss nini kerana "mentag" saya.Disebabkan saya rajin,tag ni dah lama since 3.6.2010,tapi baru hari ni sempat menjawap tag ni.sory.sory.oke-oke,hari ni aku jawab eh?



Okeh,tanpa membuang masa yang memang dah terbuang,dengan penuh megah dan bangga, saya dengan gembiranya menjawab tag ni dengan penuh komited! (--")


1 . Apakah yang bermain dalam fikiran anda ??
- err,malas nak balik UPM.nak cuti lama-lama lagi.ok la ni kan?

2 . Apakah nama samaran anda ??
- Nisah, Kak icah,Tek icah,IKTIRAF :)

3 . Berikan 3 orang yang anda sayang ??
 3 orang je??? tak cukup tu.tambah sendiri boleh? sayang mak,sayang mak,sayang mak,sayang abah,sayang kakak,sayang kakma,sayang muz,sayang adik.sayang sedara-mara,sayang kawan-kawan,err sape lg eh?nak kata sayang bf xde.ah,cukupla tu! :P

4 . Panggilan untuk si dia ??
- si dia tu sape eh?ecece,purak-purak tarak tau la pulak kan? Honestly, tiada "si dia" lagi dalam hidup saya.mak kata, saya kecik lagi.Belajar dulu.kehkehkeh.

5 . Hadiah yang anda impikan dari seseorang yang istimewa ??
-err,BMW kot.fuh! melampau kan? bahahhahahhahaha :P

6 . Blog manakah yang anda suka lawati ??
- Baaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaanyak!

7 . Tagkan kepada 15 org rakan anda .
15???? ramai tuuuuuuuuuuu. tapi takpe,disebabkan saya rajin,saya cari 7 orang dah la eh?

1.JOTTER
2.Deebs
3.Hami blognye blast!
4.Encek Kapan
5.Joe study dekat Sheffield
6.ieka
7.Azwandy senior KC

entah diorang nak jawap entah tak. :P


Ok,sekian saja untuk tag kali ini.kita kembali ke meja makan. (--")

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails