Wednesday, July 21, 2010

errmm,jap nak pikir tajuk.

Ini kisah seorang gadis dengan bas nya. EH?

Si gadis sudah hampir lambat ke kelas.Dia naik bus cepat-cepat.Sesak-sesak.Tapi nasib dia baik,walaupun sesak,masih ada seat kosong untuk dia duduk.Tak payahla berdiri lepastu jerit-jerit bila pakcik driver bus belok ala-ala Formula 3.Tak payah dia bergesel sana,bergesel sini.

Tepi si gadis ni ada sepasang kawan.atauuuu,mungkin juga sepasang selipar.Eh,eh! silap! mungkin sepasang couple. (--") Mereka berdiri rapat,ketat,dekat. OH!

Tiba-tiba, si gadis yang tengah tak berapa nak sihat tapi malas nak pergi hospital ni, terdengarla perbualan mereka. (--")



Perempuan: si polan-polan,jom main tolak-tolak nak?
Lelaki: haaa??
Perempuan: yela.Ko tolak aku,aku tolak ko.


si gadis menyumpah dalam diri."main tolak-tolak??! dalam bus yang  sesak?? dalam bus yang tengah bergerak??! korang ingat kite kat funfair ke?meh aku tolak korang keluar bus meh" - Owhh! ini cuma monolog hati.Bukan dialog ya? ha ha :D


Lelaki: Ah! tak mau aku.ko kecik!
Perempuan:alah,main tolak-tolak aje kot!


kjsdfnjsahfyusagyfsal!! minah ni baru balik Tanjung Rambutan ke ape.??! Macam tak percaya pun ada. Si gadis rasa,budak perempuan ni mesti tak berapa sihat hari ni. Assignment banyak sangat kot.. (--)



Lelaki: Blah.tak mau aku. *senyum sinis*
Perempuan: Eleh! macam kau punye @#$&*$ besar!

WHAT THE...??!!

Si gadis tak dapat tahan lagi.Dia  pandang pasangan merak dua sejoli tu. Mereka diam.  Si gadis pelik. Takkan takot kot? Si gadis cuma PANDANG,bukan LEMPANG.Owh! rupa-rupanya,mereka junior.Dan mungkin baru perasan yang suara mereka jelas kami dengar.JELAS ok adik-adik!

Nasib baik dah sampai fakulti.Si gadis turun.Merak dua sejoli ambil tempat si gadis.cekerama terus berlangsung secara terus menerus.haiihhh!

Erk!! Alahai, ingatkan dah tersedar.rupanya-rupanya tak.(--")


Err, Tau kan siapa gadis tu? Ha ha :D



                         Ini buah hati kesayangan saya. I LOVE U laaa :D

Tuesday, July 13, 2010

Kembali ke sekolah!

Assalamualaikum. :)

Lama tak jumpa kan?

Entri kali ni ringkas, dah nak pegi class.curik-curik online kejap.sebab pagi-pagi macam ni,line laju macam keretapi.

sory lama tak update.Bilik top,line sangat-sangat limited.Tapi,walaupun bilik ni line tak berapa nak ok,tinngi pulak tu,tapi viewnya cantik bangat sih! Boleh nampak Menara Berkembar Petronas atau lebih dikenali sebagai KLCC.Turut kelihatan dari bilik ini ialah,Kota Keriangan Genting Highland ok people! hahahah.-Ayat orang sewel seminggu tak online.ngeee~

pssssst: rindu nak jalan-jalan dekat blog korang semuaaaaaaa! nanti ada masa,saya jengah! terima kasih jugak pada yang sudi view blog picisan ni walaupun tiada entri baru.Terharu! :)

Jumpa lagi ya?





misi terbaru: Nak pegi goda kakak lah! "kakak ku sayang lagi comel, adikmu nak berokbennnnnnnnnnn boleh?"! :D

Monday, July 5, 2010

Kenapalaaa tandas masjid selalu gred Z- ??

Assalamualaikum w.b.t dan semoga sihat-sihat semuanya! :)

Hari ini,hari isnin terakhir saya di rumah.sem baru bakal bermula.haisshhh.malasnya. :P

"errr, Puan emak,Encik abah,boleh tak kalau anakanda tak mau pulang ke sana? anakanda nak cuti lama-lama lagi.tak mau balik..tak mau balik.."  ...PAAAAANGGGGG!! (--") ok-ok,kita teruskan.

Minggu terakhir ni,saya gunakan cuti sebaik mungkin.Hari sabtu melawat adik bongsu di Kedah,manakala hari Ahad, melawat adik yang pertama di Taiping. Tu je la dua adik dalam hidup saya.kedua2nya hero,bukan heroine. Ye la,dah nak balik ni,kena la melawat adik-adik.Almaklumlah,kakak baik lagi penyayang.hahahahah :D

OH! buat adik tersayang,hari ini hari jadi kamu kan? Hepy birthday dik! Ini birthday pertama,kamu tak ada kat rumah kan? Belajar rajin-rajin ye sayang.Abah,Mak,Kakak,Kakma,kak icah,abang sayang adik sangaaaaaaatt-sangaaaaaaat. (rindu) :(

Jadi,bila dah bermusafir ni, memang pasti-pasti la kami berhenti solat di bermacam warna,bermacam bentuk,bermacam tempat masjid.Banyakla jugak rumah DIA yang kami singgah.

Setiap kali kami singgah di masjid,mesti berlaku kejadian tolak-menolak antara saya dengan Puan Emak.

Emak: Alaaa,Nisah la masuk dulu. *senyum,sambil tolak saya perlahan*
Saya: Alaaaa,mak la masuk dulu. Nisah tak nakkkkk..*geleng banyak kali*
Emak:Cepatlah nisah masuk dulu.. *nada memujuk*
Saya:Nisah tak nak.tak pe,nisah bagi chance mak masuk dulu.
Emak:Cepatla..lambat pulak karang..
Saya;alaaa mak ni.tak aci..

saya senteng seluar,tarik nafas dalam-dalam,tutup hidung,jalan jengket-jengket.
kemudian..

Saya:Ok mak.bolehlaaaaa. *ibu jari diangkat* :P


Hah! memang ini lah babak WAJIB bila saya dengan emak masuk ke dalam tandas.Tak sah kalau tak ada babak ni.hahaha :D

Pelik kan? patutnya,bila dah sampai rumah DIA,rasanya perasaan ni tak perlu timbul.Patutnya mestila BERSIH,lagi wangiiiiii.. (--') tak ada ragu lagi!

Tapi sedih,kenapa kebanyakan tempat mulia ini,tandasnya fail? Bukan fail pada gred E,tapi Z-! ~melampau kan? heeeeee :P

Gurau,gurau jugak tapi,ini realitinya:


CAUTION: Cop.cop!! lupa nak cakap.Pastikan anda tidak berada dalam keadaan seperti berikut: sedang makan,sedang kelaparan,sedang dalam keadaan senak perut,sedang dalam keadaan pening. :P

JENG..JENG..JENG..

                          Hadoi,pintu pun tak ade.Habis,macam mana?

                                     amacam? belom masuk lagi tu..

                                       
ada lagi..ada lagiiii..sila tutup mulut oke! kang tutup mata kang tak nampak pulak!









              Amacam? ada macam rasa nak muntah tak?hahahahahahah :D

note:ini bukan gambar saya.ini gambar ikhsan google.Tapi apa yang cuba disampaikan sama.

Inilah satu-satunya masalah bila nak singgah untuk solat,sujud pada DIA.Rasanya,sangat tak patut bila difikirkan balik.Memang sangat tak patut.Dan,jika ditanya kaum apa,ataupun lebih spesifik lagi,agama apa yang melakukan hal-hal sebegini,korang sendiri confirm tau jawapannya!
Bukannya susah,selepas selesai sahaja menunaikan hajat kita,sama ada yang besar ataupun kecil,BERSIHkan lah kembali.cuci segala najis.Lagipun,"benda" tu.masing-masing punya kan? Kenapa berat sangat hendak cuci benda buangan sendiri?

Pernah juga saya dengar;

"Tandas kan rumah si setan.ok la tu kita kotorkan rumah setan!"

aiyark~! macam ini punya olang pun ada kaaaaa? (--')

kalau semua orang praktikkan amalan ini,saya pasti tiada lagi masalah seperti di atas.
Agama kita,agama contoh.Jadi lahirkanlah segala sifat yang terpuji kalau mahu Islam dipandang tinggi.(walaupun hal ini kelihatan remah,tapi bagi saya ianya sesuatu yang perlu diberi perhatian). Ingatlah:

  Hadits 1
image
Artinya : “Diriwayatkan dari Sa’ad bin Abi Waqas dari bapaknya, dari Rasulullah saw. : Sesungguhnya Allah SWT itu suci yang menyukai hal-hal yang suci, Dia Maha Bersih yang menyukai kebersihan, Dia Mahamulia yang menyukai kemuliaan, Dia Maha Indah yang menyukai keindahan, karena itu bersihkanlah tempat-tempatmu” (HR. Tirmizi)”



Hadits 2
image

Artinya : “Diriwayatkan dari Malik Al Asy’ari dia berkata, Rasulullah saw. bersabda : Kebersihan adalah sebagian dari iman dan bacaan hamdalah dapat memenuhi mizan (timbangan), dan bacaan subhanallahi walhamdulillah memenuhi kolong langit dan bumi, dan shalat adalah cahaya dan shadaqah adalah pelita, dan sabar adalah sinar, dan Al Quran adalah pedoman bagimu.” (HR. Muslim)”

walaupun entri ini saaaaaaaangat tidak seberapa.Tapi diharapkan mampu juga memberi sedikit pengajaran. -pesanan untuk DIRI,dan korang-korang semuaaaa!

sekian dulu, jumpa lagi ya?

salam. :)
                                 

Friday, July 2, 2010

Muzik mereka,lakaran jiwa saya.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat singgah la ye ke blog yang x popular lagi picisan ni. :)

Fuhh.tak pernah-pernah tulis tajuk panjang macam ni. (--")
Tengok tajuk pun mesti dah tau kan?
yup! kali ni saya nak story sikit pasal toy story.eh.eh.bukan-bukan.err,saya nak story sikit pasal manusia-manusia famous yang saya rasakan,saya suka suara,lunak muzik,dan mungkin juga peribadi mereka.

Tanpa melengahkan masa,dengan ini saya mempersembahkan,mereka-mereka ituuuuuuuu:


1. RAIHAN


Yup,RAIHAN di tempat pertama.saya membesar dengan mereka.zaman kanak-kanak saya,bersama RAIHAN.zaman remaja saya,bersama RAIHAN.zaman tua saya,eh,eh.saya belum tua. ;p
segar lagi di ingatan,bila saya balik dari tadika,belum pun tukar baju lagi,dah bukak kaset(time ni saya tak ada lagi cd,mp3) semata-mata nak dengar lagu RAIHAN.siap amik microphone lagi nak nyanyi kuat-kuat. Berkumandang satu rumah dengan suara lunak merdu lagi berkrim saya.hehe :P
"iman adalah mutiara,di dalam hati manusia"..
"Adam,Idris,Nuh,Hud,Soleh,Ibrahim,Luth,Ismail.."
"tanya pada ibu,mengapakah kita mesti mentaati ALLAH YANG MAHA ESA,tanya pada ayah mengapakah kita mesti,menjadi seorang anak yang soleh.." -alamak! TERindu la pulak zaman comel-comel dulu. (--')
Pengaruh mereka besar pada saya.Bila dulu seorang daripada mereka pergi menghadap DIA,saya turut sebak.(walaupun waktu tu kecik je lagi).dan bila Nazrey meninggalkan RAIHAN,oh~saya terkesima!
tapi saya tetap sokong mereka.Lagu RAIHAN apa yang best? ohw,tidak terkira,tidak terjawab.saya pasti,saya yakin,"sebrutal-brutal" korang pun,mesti pernah dengar jugak lagu-lagu RAIHAN kan? ye la,RAIHAN merupakan pemegang rekod penjulan album terlaris di Malaysia.Hebat bukan? setuju? ke tak setuju?

2. MAHER ZAIN


Ok,pada sapa-sapa yang tak kenal sapa itu Maher Zain,err,tak terlampau kot kalau saya cakap anda agak ketinggalan berzaman-zaman.hehe. :p
Mengapa saya kata begitu? dia merupakan fenomena, ikon pencetus revolusi baru dalam arena industri nasyid.Kalau yang pernah dengar lagu-lagu Maher Zain ni,mesti korang perasan kan,muzik dia tidak terlalu berat,ayatnya ringan,irama muziknya agak moden(jika dibandingkan dengan alunan nasyid kebanyakan). Contohnya,lagu-lagu blast beliau seperti: OPEN YOUR EYE, FOR THE REST OF MY LIFE(lagu ni sesuai kalau suruh bapak-bapak korang nyanyi untuk mak-mak korang ;p),Is ALLAH satisfied?,dan mungkin juga BARAKA_ALLAHU_LAKUM.Setuju? ke tak setuju? :P

3. OPICK



Yup,dia juga antara penyanyi yang saya gemar.Actually nama sebenar dia,bukanlah OPICK.Tapi, Awnur Rofiq lil Firdaus.Pernah dengar lagu-lagu dia? tak pernah dengar? mustahilllll.saya pasti korang semua pernah dengar! confirm! sebabnya,bila korang bukak je blog saya,ada lagu kan? tu jugak salah satu lagu OPICK.Tajuknya,Taubat.Banyak lagi lagu-lagu dia.Contohnya, BILA WAKTU TELAH BERAKHIR,ALHAMDULILLAH,dan juga TAMBO ATI.Sejarah beliau lebih kurang macam Yusuf Islam.Iaitu dari seorang penyanyi rock kepada seorang penyanyi berunsur ketuhanan.Suara OPICK tidak dapat dinafikan lagi kehebatannya.setuju? ke tak setuju?

4. SAMI YUSUF



OH! tergoda tak tengok gambar dia(eypp! girls only!) haha.tak la.lawak-lawak je.Bonus untuk dia.Pakej lengkap! Handsome,suara pulak sedap.Beliau bernaung di bawah label yang sama dengan Maher Zain,which is Awakening Records. Lagu-lagu Sami Yusuf ni pun tak kurang hebatnya.Tapi yang paling di ingati,lagu AL-MUALLIM dan ASMA'UL ALLAH. alahai.dah la lagunya best,video clip dia pulak gempak! berbaloi-baloi kalau tengok.setuju? ke tak setuju?

OH! cukuplah empat eh? karang melalut-lalut pulak.Entri ni pun sebenarnya sekadar melunaskan tanggungjawab "mengupdate" cerita baru,dan jugaaaa buang sawang yang dah makin banyak! :P


Pernah juga saya dengar,

"tak baik kita suka-suka,puja artis ni.Tak elok!"

Jawapan saya:

"saya bukan menyanjung,jauh sekali memuja mereka.Bukan juga dijadikan idola.Cuma,saya jadikan lagu-lagu,kejayaan,bait-bait kata lagu mereka sebagai salah satu alat atau cara untuk menghiburkan hati.Lagu-lagu mereka juga banyak mengagungkan DIA.Bak kata RAIHAN,

"BERHIBUR TIADA SALAHNYA,KERNA HIBURAN ITU INDAH.HANYA PABILA SALAH MEMILIHNYA MEMBUAT KITA JADI BERSALAH!" :)

sekian dulu dari saya,Hanisah Safian,kita kembali ke Sri Pentas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails