Wednesday, September 15, 2010

Eh,dah nak raya ke tujuh dah?

Errrrr,selamat menyambut hari raya ke tujuh semuaaaaaaaaaa~

kueh raya ada lagi ?
duit raya berlambak tak lagi?
lontong ade se-tong lagi ?
ketupat ada berlipat-lipat ganda lagi?
nasi impit ada berkampit-kampit lagi?

Saya dah tak rasa macam raya lagi dah.
Ass banyak!
eh silap.
assignment banyak. (--")
dateline dah dekat.
progress zero.
suci bersih lagi.
Rajin kan?



psssssst: duet raya taun ni agak memberangsangkan.yahooooooooooo! :D

err,aci la kan kadang-kadang tulis entri pendek-pendek macam ni? haha

sekian dulu. :)






























      a'ah..kecik-kecik dulu tak puas main belon. (--")

Monday, September 6, 2010

Bencinya bila tengah memandu.....

Penggunaan bahasa pengganti diri "aku" terpaksa digunakan dalam entri ini instead of "saya" dengan tujuan untuk menggambarkan perasaan menyampah yang meluap-luap macam air panas menggelegak.Harap maklum. Menyampah! menyampah! menyampah! menyampah! menyampah! menyampah! menyampah!menyammmmmm,PANGGGGG!! ok,kita teruskan. (--")

Err,entri kali ni tak payah mukadimah la eyh? Nak cepat ni,nak tolong mak masak kueh jemput-jemput.Eh,eh silap! kueh raya.rajin kan? ecece..so sila promote pada mak bapak masing-masing kot-kot ada yang tengah cari calon kakak ipar ke,adik ipar ke,mak cik ipar ke.*Buat mak yang tengah baca tu,kadang-kadang  je Nisah gatal.Bukan selalu.ok lah kan?* bahahahahahaha~

Ok,terus ke pokok dan dahan serta daun perbincangan kita ye?Ehem.. entri ni diterbitkan atas pengalaman aku sendiri yang memandu dari UPM ke Gerik,Perak pada hari sabtu lepas.Pilot sebenar mengantok,so as a co-pilot,aku perlulah jalankan tugas aku kan? kan?

err,tapi sebelom tu,aku mintak ampun banyak-banyaklah kepada semua lelaki-lelaki di luar sana.sebab ketiga-tiga point di bawah ni berkaitan dengan kaum adam.Tapi bukan semua,segelintir kecik saje.Harap maklum..

Aku benci,bila aku memandu:

1.Yang paling aku benci,ada mamat sengal...bila dekat traffic light,tengok macam nak makan orang dengan kereta-kereta sekali.Nak kata kereta aku bentuk Nando's jauh sekali.Lepastu bunyi kereta mengaum-ngaum.Aku ingatkan dalam tv je ada senario bodoh ni.Tu boleh dimaafkan lagi,bila dah lampu hijau,boleh pulak kereta dia seiring dengan kereta aku.Orang belakang sure la panas tak boleh potong.Bila aku slow suroh dia potong,dia buat-buat tak paham.Bila aku laju,dia pun laju.Last-last aku biar dia syok sendirik.Bukan aku yang kena horn.Lantak kau lah!

2.seterusnya,dah nama pun ramadhan kan,mestila banyak bazar ramadhan tepi-tepi jalan.Dekat satu tempat ni,bazarnya betol-betoooooool teeeeepi jalan.kalau dari dalam kereta,hulur tangan je pun boleh nak beli air soya ke,ayam percik ke,ape-ape je lah! hahaha :D Ada la makcik ni,dia pimpin anak-anak dia kanan,kiri.Anak-anak dia kecik-kecik je lagi.Mungkin dia tak perasan,salah seorang anak dia dah menghalang jalan.Diorang membelakangkan kami.Nak horn,tak sampai hati sebab anak dia kecik sangat.terkejot pulak budak tu karang.Lagipun,tempat yang diorang nak pegi dah hampir sampai.Plus,jalan dia sangattttt sempit.Saya tengok cermin pandang belakang,nasib baik! cuma ada satu aje kereta,dengan harapan dia pun fikir sama dengan apa yang kami fikirkan.Tapi itu semua ingauan semata-mata.ececehh.Si sengal tu boleh hoooornnn kuat-kuat,konon-konon aku sengaja berhenti tengah jalan.Dah tu,bila dia potong keta aku,buat muka macam dia yang paling handsome dekat Malaysia ni.Hellooooooooo! Please,GET A LIFE!

fuhhhhhh,geram nih!

3.Hah! ni lagi satu masalah.Ada jugak mamat sengal bila aku potong kereta dia, dia potong kereta aku balik.ok fine! potonglah,tak ada masalah.Tapi,bila dah dekat depan,dia bawah slow macam siput babi patah ekor.Bila aku nak potong,dia bawak laju.Aku sabar.Aku buat tak reti sampailah dia pun naik bosan.hahahahahahaha :D
 

OK! cukuplah.kang darah tinggi pulak aku kanggggg. (+.=)


ehem,ok,Kita kembali kepada nada biasa.Nada saya. :)

Yippiiiii!! mood raya dah datang! Biskut raya dah siap! baju raya dah siap! rumah dah kemas-kemas. :)

Dikesempatan ni, *ececehhhh, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang sudi singgah dekat blog kerdil saya ni.Maaf seandainya penulisan saya di blog ini pernah mengguris hati sesiapa sahaja.Bukan dipinta.Bukan diduga.

err,nak duit raya? :)


                                       tak, dia bukan anak saya.haha :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails