Thursday, October 28, 2010

damai.

                                                                Diam
                 
         
                                                                Lihat:












                                                      *google*


                                                 Tenang bukan? :)

Sunday, October 24, 2010

Lain kali,dengar betul-betul!!

Lena saya tergangu. Handphone menjerit-jerit tanda ada mesej baru diterima.Gagah juga dibuka mata,mesej dibaca:

"RM0.00 Ingin kecapi kebahagiaan dlm phubungan?Dptkan rahsia yg tsirat dlm menjalinkan hubungan skrg! Htr ON MB ke 22228.Eratkan hubungan dgn si dia tsayang" (-.-")

Lepas menyumpah-nyumpah dalam hati,saya kerling jam dinding.eyh! bukan.Takde jam dinding.Jam handphone. Ohhhh,baru pukol 4 pagi. Saya bangun, bergerak ke bilik pantry. Tibe-tibe kering pulak tekak nih!

Tengah-tengah tuang air dari cerek,sambil-sambil mengelamun,tiba-tiba mak cik cleaner datang dari belakang.Saya terkejut.Saya kaget.Dia cakap:

"peluk mak cik.."
"peluk mak cik.."
"peluk mak cik.."

Entah kenapa,saya terus lari!! air tinggal je kat bilik pantry tu, selipar pun tinggal. :P lari selaju boleh! kalah Watson Nyambek owh! Ye lah, memang saya kenal mak cik tu.Peramah orangnya, dah berusia. Sian, tua-tua pun buat keja berat-berat. Tapi paham-paham je lah!! sape tak terkejut tengah-tengah mengelamun masa isi air, dengan floor yang sunyi sepi macam tak berpenghuni,tiba-tiba ada orang datang dari belakang suruh peluk dia! haisssshh!!


Sampai bilik, termengah-mengah.Padahal bilik selang dua je dengan pantry! (--")


Tiba-tiba,rasa bersalah muncul.fikiran waras datang.
"takkanla ha*t* kott"


Mula-mula takut jugak nak pergi balik, tapi bila dengar ada penghuni lain keluar bilik untuk ke tandas,saya gagahkan diri.Bila sampai,mak cik tu masih ada,dia senyum.dan ulang ayat yang sama.kali ni saya dengar betul-betul.Rupe-rupenyaaa:


"peluh mak cik.."
"peluh mak cik.."
"peluh mak cik.." (--")


Hadoiiiiiiii  !!!!!!!

bikin takut aje la mak cik nih! saspen je.Untuk menutup malu yang lari entah hape-hape macam orang gila, dengan botol air bergelimpangan kat atas lantai pantry (bila pegi kali ke-2,mak cik tu dah tolong angkatkan*malu*), saya pun berbasi-basilahh,


"mak cik dari blok mana ni?"
"dari malinja.Naik sampai top.letak nasi lemak.letih mak cik nak"


aduhhhhh.malu! malu! malu! sure mak cik tu gelak guling-guling. haisshhhh!

Tapi sekarang mak cik tu dah tak ade.Rasanya dia dah kerje dekat tempat lain.Kadang-kadang ada jugak terserempak dengan dia tgh naik basikal.Tukang cleaner pun dah ganti yang baru.Gadis pingitan Indonesia gitewww~

Makcik,maafkan saya yeh?
saya rindu nasik lemak RM1.50 yang mak cik selalu jual tu. :p



pssstttt: naseb baik jugak salah dengar! kalo tak,tak pasal-pasal aku peluk makcik tu tiba-tiba.lagi maluuuu.hekhekhek.

                                     Hihihihihihihihihihihi *mengilai*





       

Saturday, October 16, 2010

pegi PKU macam pegi pasar malam!

Assalamualaikum semuaaaaaaa~ :)

WAAAAAA~ dah laaaaaaaama tak update blog ni.kalau perasan,entri terakhir, buat masa raya ke tujuh! patutlah blog banyak sawang-sawang nih.*ayat standard la bile tak update blog* padahal, mane sawangnye pon tak tau.hahahahaha. blog ni bukan takat sawang je belambak, anak cicak mati, biawak tegolek, itik bertelor, kucing sampai dah beranak anak ke 70 dah pon.. :P

kalau ada yang masih sudi singgah walaupun tiada entri terbaru,terima kasih daun selasih. terharu! :) 

Hari ni, saya pegi PKU.pada adhek-adhek manis yang tak tau apa itu "PKU",meh akak bagitau meh. PKU merupakan singkatan untuk PUSAT KESIHATAN PELAJAR.kire macam hospital dalam kampus lah.haaaa,dah tau?

sepanjang duduk dekat sini,rasanya baru 2 kali pegi PKU.syukur. :) 

Disebabkan dah lama tak pegi PKU nih, entah mane-mane kautnter saya pergi. Sampai tersilap pergi kaunter pharmacy bagai.Jumpe doktor pon belom,ada hati nak amik ubat dah.huahuahuahua~ 

Bila dah amik nombor, saya pun duduk-duduklah depan tv tu.cite ape ntah. tajuk tak tau.Tak la best mana pun.Tapi kalau dah boring-boring,tengok iklan kopok mony pon best.hahaha Tengah-tengah tunggu tu, tiba-tiba

"BENDI..BENDI!!"
"ADA SAPA-SAPA NAK BENDI?"
"BENDI..BENDI" (--") 

Ingatkan dalam tv,rupa-rupanya, ada dua orang budak perempuan tengah jual.Eyh,takla budak sangat.remaja dah laa. Banyak betol bendi diorang! Dengan pakcik-pakcik yang sakit kaki tengah tunggu turn nak jumpe doktor,dengan budak2 yang nangis,dengan opah-opah bagai, sume beli bendi. sepeket bape ntah, tapi macam murah.sebab ramai orang beli.hehe.Bukan takat orang-orang sakit je yang beli,dengan doktor-doktor pon beli taww! tengah-tengah chek orang,sempat la tu.fuhhhhhhh~

                                haaa,sebelom tu,ni lah rupenye PKU tuu.Lokasi terpaksa
                               dirahsiakan.takot orang ramai serbu sebab nak beli bendi.
                                                      * jasa baik google *


errr,sampai sini dulu la eyh? tunggu la genap 75 hari baru aku update balik.hahahahha :P 


psssstttt: nanti sape-sape nak beli sayur,tak payah la susah-susah pegi pasar.pegi je PKU. macam-macam adooo~ (--") 

Wednesday, September 15, 2010

Eh,dah nak raya ke tujuh dah?

Errrrr,selamat menyambut hari raya ke tujuh semuaaaaaaaaaa~

kueh raya ada lagi ?
duit raya berlambak tak lagi?
lontong ade se-tong lagi ?
ketupat ada berlipat-lipat ganda lagi?
nasi impit ada berkampit-kampit lagi?

Saya dah tak rasa macam raya lagi dah.
Ass banyak!
eh silap.
assignment banyak. (--")
dateline dah dekat.
progress zero.
suci bersih lagi.
Rajin kan?



psssssst: duet raya taun ni agak memberangsangkan.yahooooooooooo! :D

err,aci la kan kadang-kadang tulis entri pendek-pendek macam ni? haha

sekian dulu. :)






























      a'ah..kecik-kecik dulu tak puas main belon. (--")

Monday, September 6, 2010

Bencinya bila tengah memandu.....

Penggunaan bahasa pengganti diri "aku" terpaksa digunakan dalam entri ini instead of "saya" dengan tujuan untuk menggambarkan perasaan menyampah yang meluap-luap macam air panas menggelegak.Harap maklum. Menyampah! menyampah! menyampah! menyampah! menyampah! menyampah! menyampah!menyammmmmm,PANGGGGG!! ok,kita teruskan. (--")

Err,entri kali ni tak payah mukadimah la eyh? Nak cepat ni,nak tolong mak masak kueh jemput-jemput.Eh,eh silap! kueh raya.rajin kan? ecece..so sila promote pada mak bapak masing-masing kot-kot ada yang tengah cari calon kakak ipar ke,adik ipar ke,mak cik ipar ke.*Buat mak yang tengah baca tu,kadang-kadang  je Nisah gatal.Bukan selalu.ok lah kan?* bahahahahahaha~

Ok,terus ke pokok dan dahan serta daun perbincangan kita ye?Ehem.. entri ni diterbitkan atas pengalaman aku sendiri yang memandu dari UPM ke Gerik,Perak pada hari sabtu lepas.Pilot sebenar mengantok,so as a co-pilot,aku perlulah jalankan tugas aku kan? kan?

err,tapi sebelom tu,aku mintak ampun banyak-banyaklah kepada semua lelaki-lelaki di luar sana.sebab ketiga-tiga point di bawah ni berkaitan dengan kaum adam.Tapi bukan semua,segelintir kecik saje.Harap maklum..

Aku benci,bila aku memandu:

1.Yang paling aku benci,ada mamat sengal...bila dekat traffic light,tengok macam nak makan orang dengan kereta-kereta sekali.Nak kata kereta aku bentuk Nando's jauh sekali.Lepastu bunyi kereta mengaum-ngaum.Aku ingatkan dalam tv je ada senario bodoh ni.Tu boleh dimaafkan lagi,bila dah lampu hijau,boleh pulak kereta dia seiring dengan kereta aku.Orang belakang sure la panas tak boleh potong.Bila aku slow suroh dia potong,dia buat-buat tak paham.Bila aku laju,dia pun laju.Last-last aku biar dia syok sendirik.Bukan aku yang kena horn.Lantak kau lah!

2.seterusnya,dah nama pun ramadhan kan,mestila banyak bazar ramadhan tepi-tepi jalan.Dekat satu tempat ni,bazarnya betol-betoooooool teeeeepi jalan.kalau dari dalam kereta,hulur tangan je pun boleh nak beli air soya ke,ayam percik ke,ape-ape je lah! hahaha :D Ada la makcik ni,dia pimpin anak-anak dia kanan,kiri.Anak-anak dia kecik-kecik je lagi.Mungkin dia tak perasan,salah seorang anak dia dah menghalang jalan.Diorang membelakangkan kami.Nak horn,tak sampai hati sebab anak dia kecik sangat.terkejot pulak budak tu karang.Lagipun,tempat yang diorang nak pegi dah hampir sampai.Plus,jalan dia sangattttt sempit.Saya tengok cermin pandang belakang,nasib baik! cuma ada satu aje kereta,dengan harapan dia pun fikir sama dengan apa yang kami fikirkan.Tapi itu semua ingauan semata-mata.ececehh.Si sengal tu boleh hoooornnn kuat-kuat,konon-konon aku sengaja berhenti tengah jalan.Dah tu,bila dia potong keta aku,buat muka macam dia yang paling handsome dekat Malaysia ni.Hellooooooooo! Please,GET A LIFE!

fuhhhhhh,geram nih!

3.Hah! ni lagi satu masalah.Ada jugak mamat sengal bila aku potong kereta dia, dia potong kereta aku balik.ok fine! potonglah,tak ada masalah.Tapi,bila dah dekat depan,dia bawah slow macam siput babi patah ekor.Bila aku nak potong,dia bawak laju.Aku sabar.Aku buat tak reti sampailah dia pun naik bosan.hahahahahahaha :D
 

OK! cukuplah.kang darah tinggi pulak aku kanggggg. (+.=)


ehem,ok,Kita kembali kepada nada biasa.Nada saya. :)

Yippiiiii!! mood raya dah datang! Biskut raya dah siap! baju raya dah siap! rumah dah kemas-kemas. :)

Dikesempatan ni, *ececehhhh, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua yang sudi singgah dekat blog kerdil saya ni.Maaf seandainya penulisan saya di blog ini pernah mengguris hati sesiapa sahaja.Bukan dipinta.Bukan diduga.

err,nak duit raya? :)


                                       tak, dia bukan anak saya.haha :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails