Saturday, May 15, 2010

Terkenang-kenang

Assalamualaikum w.b.t dan selamat hari sabtu semua! 


Sudah dua hari saya  ada "geng". ye la,sejak mula cuti sem, saya sendiri.Memang Encik Abah dengan Puan Emak ada, tapi adik-beradik yang lain sibuk  dengan rutin masing-masing.kakak sibuk dengan kerja dan mungkin sedang atau masih di dalam mood "bulan madu" lagi,kak ma pulak baru mula mahu menjejaki dunia pekerjaan.Oh! kalau kamu baca entri ni, tahniah untuk kamu Nisah ucapkan~! :) dah dapat gaji nanti jangan lupa adikmu di sini.kehkehkeh :D Muzakkir, juga sibuk dengan pelajaran dia. InsyaALLAH tahun ini dia bakal berjuang bermati-matian di medan peperangan SPM.eh,tak payah la kot sampai bermati-mati,berpening-peningan sudah la. Dannnnn, adik terakhir saya semakin sibuk di sekolah dia, Maahad Tahfiz Sains, Kupang Baling Kedah.Alhamdulillah, adik sudah menghafaz 2 juzuk ayat-ayat suci ALLAH.saya tumpang bahagia,syukur. :)


Saya ingat lagi,bila adik dapat 5A UPSR, mak menangis gembira.Abah tersenyum syukur. Saya pula sudah berkira-kira sekolah mana yang adik bakal masuk.Dalam hati :ohh,mesti adik masuk MRSM, tak pun sekolah sains,tak pun mana-mana asrama penuhlah!"


Tapi saya dapat tahu,adik berminat ke arah agama. Seboleh-bolehnya dia mahu masuk ke sekolah yang menawarkan program Tahfiz. Abah bukan kepalang gembira!*err,skema sungguh ayat.ala-ala karangan PMR-oke,mula-mula UPSR,sekarang PMR,lepas ni mesti ada SPM.Percayalah!* Bukan apa,abah gembira sebab memang abah mengimpikan salah seorang anak-anak abah menjadi Tahfiz.Abah cakap,jadi Tahfiz ni banyak manfaat, syafaatnya.

" sapa-sapa yang jadi Tahfiz ni, dia dapat tolong 7 orang ahli keluarga dia dekat akhirat nanti"

"Badan Tahfiz ni,bumi tak makan.Tapi dengan syarat mestila amalkan"

Akhirnya, adik bersekolah di sana.Sejujurnya, bila saya dapat tahu adik mahu bersekolah di sekolah Tahfiz,hati sedikit gusar.Bukan apa,entah kenapa, saya sering terbayang bahawa sekolah Tahfiz WAJIB dalam keadaan naif,serba kekurangan. Saya sering terbanyang yang pelajar-pelajar Tahfiz seolah-olah terasing dari dunia luar.Saya sendiri tidak tahu kenapa ini yang saya fikirkan.Mungkin dulu saya pernah mendengar kawan-kawan bercerita pasal hal ini.

Memang awalnya,saya bertanya macam-macam pada mak.

"mak,sekolah tu ok ke?"

"abah, sekolah tu macam sekolah-sekolah biasa jugak ke?"

"mak, sekolah tu ada periksa awam macam biasa kan?"

"abah,sekolah tu dekat pedalaman sangat ke?"

Mak, abah cakap, sekolah tu bukan fokus pada pengajian Al-Quran saja.Memang sekolah tu tawarkan subjek macam biasa.Cuma tambahan subjek-subjek agama.PMR,SPM juga tidak diabaikan.Bahkan,dititik beratkan.Untuk pengetahuan,hanya pelajar-pelajar yang mendapat 4A dan 5A UPSR sahaja diterima.Temuduga juga dijalankan sebelum pelajar diterima masuk, dan apabila masuk tingkatan 4, pelajar di sana hanya akan berada di dalam aliran sains.Aliran sastera tidak ditawarkan.Yela,dah nama pun Tahfiz sains. *wah..wah..rasa macam baca berita pulak* (--")
Tambahnya lagi,*fuhhhh,ayat macam ayat SPM* sekolah tu baru dibina.cantik.siap ada bilik ala hotel lagi dekat tingkat atas.kelas pun macam kolej.guna sliding door. ada tempat rehat-rehat cantik lagi dekat depan tu.


Saya tak puas hati.Hari kami melawat adik, saya tak sabar-sabar dalam kereta.Tiba-tiba.

"haaaa,dah sampai sekolah adik.cantik tak Nisah?"

"dah sampai? mana-mana?tak nampak pun? mana?"

"tuuuuuuu.*mulut mak muncung,tangan tunjuk ke satu arah"

aiyark! ingatkan dewan ape tadi.
dalam hati saya akui "cantik..cantik"


                            cantik kan? saya tak tipuuuuu..

dipendekkan cerita,saya suruh adik tunjuk kelas,ala-ala lawatan sambil belajar la.
benar! memang cantik.dorm hanya di bawah,kelas di atas.kelas,dorm,dewan makan,dewan, surau hanya di dalam bangunan yang sama.

Awal-awal adik di sana, saya tanya macam-macam

"adik,kalau korang tak dapat hafal,ustaz buat ape?"

"ustaz rotanla.."

"hah!! ustaz rotan? biar betul? ustaz ni pun satu,kan korang baru form one.mestila susah.tak kan sikit-sikit nak rotan kot? sian la.kamu pernah kena? sakit ke?" *provokasi cuba ditimbulkan di situ.Nada marah. Muka merah. Dalam hati,"mesti adik pun rasa yang sama"

Tiba-tiba...

"apelaaa kamu ni! betul la ustaz buat macam tu.kalau tak,kami semua ni naik kepala laa! tak mau hafal.kalau ustaz buat macam ni,tengok! semua orang hafal.lagipun ustaz rotan kalau dah nasihat pun teruk jugak.Bukannya ape pun!!"

erk! malu sendiri.

Akhir bukan 4, adik ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Tapah.Sekolah baru,batch pertama.80% dari saya memang mahu adik pergi.Saya rasakan sekolah itu memang terbaik untuk adik.Bukan apa,saya cuma gusar adik tak mampu mengikuti pelajaran di sana.Bukan semua mampu menghafaz Quran, dan pada waktu yang sama perlu mempelajari lebih 10 subjek untuk seseorang yang berusia 13 tahun.saya cuma risaukan dia.

saya telefon mak

"mak,adik terima tak tawaran tu?"

"tak.adik tak tangok pun.dia cuma baca sikit je."

"lepas tu?"

"adik cakap.mak,abah adik tak  nak pergi.adik nak sekolah sana.ada Tahfiz"

saya diam.Mengucap panjang.

                                         Daie kecil di bumi Dia

Sejak itu. Saya tahu,adik memang benar-benar nekad di sana.Adik yang bakal mewakili kami sekeluarga melabur saham akhirat.

                                              sayang kamu! :)




Jumpa lagi ya? salam.





Monday, May 10, 2010

kita cuci mata mahu? Jom!

Assalamualaikum.

Tuk..tuk..tuk.. *bunyi ketukan pintu* (-.-")
Hello!! anybody home?? dont hide from me.I can see u.kehkehkekeh (kalau ada orang,ini ditujukan utk kamu,kalau tak ada sesiapa,abaikan.maluuuu!)

Hari ni tengah sibuk mencari resepi cheese cake.Cari je,yang buatnye mestila bonda tersayang.hehehe.

Sambil-sambil tengah komited cari resipi kek ni,terjumpa pulak Puan Google.Dah tu ape lagi,macam-macam la jadi!

Entri kali ni tak mau sedih2 lagi *perasan tak entri saya selalu sedih je?*. Tapi bukan sengaja,dah cerita sedih,mestila entri sedih.Takkan la pulak cerita sedih,entri hepy-hepy.kan? kan? 

kali ni,saya nak share gambar-gambar kek yang pelik-pelik, mungkin kesan daripada idea pelik yang muncul di otak pereka-pereka kek yang suka buat kek pelik-pelik.Pelik kan? Macam-macam hal! pelik..pelik..

Ok,masa nampaknye mencemburui kita.-abaikan (-.-")

Jom.kita tengok gambar-gambar hasil ikhsan Puan Google.


brammmbrammbrammbrammdrummdrummdrummmmm * ini bunyi drum*


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!



aaaaaaaa.ehem.ehem.ada sesiapa mahu?


alolooo.sape sanggup makan "baby" comey ni?


Oh! kek kasut cantik! jangan ada yang terpakai udah. kehkehkeh. :D


Ini kek kawin.Nak tengok pengantinnye?


Tadaaaaaaaaa!! serupa kan? berapa ribu la ni...


Sape-sape bagi ni kat aku,putus kawan! huahuahuahuahua.



Tuan-tuan dan Puan-puan,juga cik-cik,ini bukan handphone.ini kek oke!


and this is not a camera,this is cake people!


Oh..ini bukan konsul mainan tu,ini KEK jugak.. :D


Adoiiiii...ada ke orang sanggup makan ni? yeeekssssssss~


hiiiihiiiiihiiiiii*mengilai nada hantu* yaaaaa."saya hantu kek.hiihiiihiiii" *masih nada hantu*


uwaaaaaaa..Tak sanggup tengok "mereka" kena baham!





fuhhh.laju pulak line ni.cepat je upload gambar..kehkehkeh. :)



Ok,sampai sini dulu.sekadar melunaskan tanggungjawab untuk mengupdate blog dan buang-buang sawang yang dah makin banyak.

Jumpa lagi ya! (^.^)



Saturday, April 24, 2010

bukan sengaja,tapi memang langsung tak ada idea.anyone? (-.-")


CAUTION! Ini bukan entri biasa.ini bukan nada biasa yang saya dendangkan.Ini bukan saya.


Hei kau! Kau ada masalah dengan aku ?
Atau aku ada buat salah dengan kau?
Tapi rasanya tidak.
Aku memang kenal kau
Tapi aku tak pernah rapat dengan kau
Mungkin jugak tak ingin langsung!
Hei kau! Dah puas jaja cerita?
Jaja sana, jaja sini.
Mulut tak henti-henti.
Mana aku tahu?
Banyak mata tengok,
Banyak telinga dengar,
Banyak jugakla mulut cakap dekat aku!
Pelik, memang sangat-sangat pelik,
Depan aku kau macam bidadari,
Belakang aku kau macam ……!
Maaf,ini bukan aku.
Tapi kau,memang kau kan?
Aku Cuba padam,
Aku cuba maafkan,
Aku takut hati tak tenang.
Buat kau,
Tolongla,
Aku cari kawan,
Bukan cari lawan!


Ok,kita ubah tune.Entri normal yang seperti selalunya.Ini saya.


Maaf,saya kasar! Tapi ini saja rasanya meluahkan hati yang bergelodak selain dari sujud, pohon ikhsan DIA untuk kembali tenangkan si hati.
Pada awak sahabat,saya susun 10 jari (kalau mahu jari kaki pon boleh) kehkehkeh, oh,ok2.kembali bernada serius.Pada awak,jika,seandainya,memang benar-benar saya pernah lukakan atau sakitkan hati awak,sejuta kemaafan dipinta.Bukan sengaja,bukan diduga.

itu saja.untuk entri kali ni.sekian. :)


errr,tak tau nak letak gambar apa.letak gambar ni boleh? memang lari tajuk,tapi rinduuuu..tak ape kan?


berita gembira..err,untuk sayala.hehe.mak call and cakap:"DOA LA MAK ABAH SIHAT,BOLEH AMBIK NISAH"..yabedabedooooooo.tak payah balik naik bus.tak payah sesak-sesak naik komuter.kehkehkeh. :D 

Eh.eh: Oh ya!4 paper dah lepas.1 more to go.Do pray for me ya? thanx. :)

Wednesday, March 17, 2010

Kenduri kawin memang tough.


Assalamualaikum dan selamat hari khamis semua.hee ;)
ok, entri  ni ditulis pd 18.3.2010. Empat  hari selepas majlis perkahwinan kakak dengan abg Nabil (selamat datang kedalam keluarga Safian yang best) :P Apa saya rasa sekarang?.pinggang seperti sudah mahu patah,jari seperti sudah mahu bengkok,kaki seperti  sudah mahu tempang,badan seperti  sudah mahu dimanjakan.haishhhh (-.-‘’) memang tough. Itu pun makan bukan masak, tapi catering,tempat bukan dekat rumah,tak payah nak kemas-kemas.tapi still letih. Wondering why? Entah! Pemalas kot.hehe.. :P  Oh! mungkin jugak sebab...... Nak tahu? Saya sekarang dikuarantin. Mengapa? Sebab..sebab..sebab..saya disuspek H1N1!! Adooi! Tapi tak mengapa,kesakitan penghapus dosa kecil kan? Tapi jangan pulak salah faham,saya cuma disuspek sebab suhu badan saya tinggi,dan ubat yang diberi bukanlah ubat-ubat untuk pesakit H1N1.Ubat-ubat biasa sahaja.Panadol,ubat batuk,macam tu aje.Cuma doktor suruh berjaga-jaga la.So,saya diberi MC 2 hari.Rugi betol tak dapat pegi class*ehem-ehem* (muka innocent).heeee :P ok.cukup rasanya  cakap pasal ni! Btw,doakan saya pulih seperti  sedia kala ya?


Berbalik pada majlis walimatulurus kakak dengan abang Nabil, Saya tak tahu nak cakap apa although  there is sooooooooooooo manyyyyyyyyyy things that I want to share with u guys. Weird kan? Tak kisah la.So, as a conclusion biarlah saya share cerita saya thru gambar-gambar ni je.ok? aci la kan?




ok,ini dia raja sehari kami,yup! saya tiada di sini.



  ini pulak mak,abah dengan besan.(betulkan besan?)Oh! mak abah saya di belah kiri gambar. :)
                                                                     



  yaaaaa..kami memang gila camera.hehe ;p



   Ni mak dgn abah.di sisi kakak dgn menantu pertama.
                                                         

   ok,ni kakma dengan bestfriend dia.kak boon.yup,shes chinese.  :)


     Ini potret keluarga kami. :)


Ini pengantin baru di pelamin indah mereka. (wah! skemanya ayat)


ehem.ehem.orang penting teknikal ni.of course lagu Maher Zain  jadi pilihan.berebut-rebut orang mintak.
                                                       

ok ini iklan.budak ni baik.buat ape pun, dia tak menangis.cayalah Mikhail!
                                                                           


Buat kakak dengan abang Nabil, moga berbahagia,selamat segalaya hingga akhir hayat. and,,buat abang Nabil, please take a good care of her ok?

Buat mak, abah tahniah la ye dah dapat menantu. Nisah sayang mak! Nisah sayang abah!

ok.sampai di sini dulu! 

psssst: maaf kalau bahasa,ayat tak seceria biasa. mood melayang entah ke mana.Kesihatan pulak terganggu.maaf ya!

 salam ukhwah,
Nur Hanisah Safian


Friday, March 12, 2010

Menung jap..

Banyak sebenarnya benda yang nak dicakap,tapi tak terluah..Tengok aje la gambar-gambar ni:

                                                                                       -


                                                                                       -

                                                                                       -


                                                                                       -


                                                                                       -


                                                                                       -


                                                                                      -




                                                                                      --




                                                                                     --



                                                                                    --







                                         







                                                                                      
                                           


                                             semua gambar ni boleh jelaskan kot. (-.-")    
                                                                         

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails