Monday, February 15, 2010

*entri khas buat adik*

ye,entri ini memang khas untuk kamu.ye,kamu adik!

sekarang,adik dah pun balik asrama.sedangkan,kawan seusia masih galak bermain,masih panjang cuti berbaki.tapi adik?cuti sekejap jeeee..

sekarang?jam hampir ke pukul 11 pagi,dan saya rasa adik sekarang sedang menghafaz al-quran di sekolah.saya? sedang memblogkan diri,membuka muka buku,..haisssshhh!! jauh beza kita!

 
ok,ini ciri binaan di sekolah adik.cantik kan?

jangan silap,ini bukan masjid! ini sekolah. ;)
dari segi seni binanya pun anda mesti dah dapat agak ini sekolah jenis ape kan?ye..betul.ini sekolah agama tahfiz sains.macam yang pernah saya katakan dulu,adik tidak mahu ke SBP biasa.dia mahu ke sini.ye,ke sini.bangun seawal 4.30 pagi, dan baru terlelap di kala orang sudah dibuai mimpi.rutin harian yang padat,ketat,kemas.

ini adik.perangai biasa bila kami dah nak balik.

ini adik lagi.di tempat makan.bukan main marah lagi adik time ni sbb saya curi2 tangkap gambar.malu katanya.adik..adik...

rakan2 yang bersama mengutip ilmu DIA yang meluas.

dulu,bila baru masuk sekolah ni,adik asyik merungut"pemandangan tak best laaaa".rupa2nya,sebab kawasan sekolah adik memang hijau.ya,hijau.nak tengok?
mungkin maksud adik jalan sunyi,yang ada hanya pokok dan awan sebagai peneman.bak kata mak"bagusla macam tu,tak nampak maksiat,nak hafaz Quran pun senang."adik senyum.
tapi entah kenapa,jalan ke sekolah adik bagi saya sangat,sangat..sangat..*saya tak tahu perkataan yang sesuai*..sekeliling saya hijau.awan entah kenapa membiru cantik dari biasa.angin,wangi.sejuk.tak perlu pasang penghawa dingin.dan,sepanjang jalan juga entah kenapa hati sayu.mula memikirkan kebesaran DIA.percayalah,saya terasa kedil di sana! jalan yang memberi seribu makna.kalau buat lawatan pun,berbaloi-baloi..
hijau kan?



siapa berani kata pemandangan ini tak cantik?

tangkap dari sudut manapun,tetap cantik.

ye,masih hijau,dan mungkin biru..(^.^)



itu serba sedikit pasal adik dan sekolah adik.hehehe..dan adik,entri ni khas untuk kamu.belajar rajin-rajin.bila tanya nak jadi apa,adik jawap"nak jadi doctor macam kakak,tapi al-hafiz laaaaaa"..amin.amin.amin.

salam sayang peluk cium,
dari "kakak kebencian" *ayat ni terkeluar bila saya dan adik bergaduh*
                                   sibuk nak letak gambar jugak..hahhaha ;)




fakta kamus adik:
kakak kebencian kata lawan untuk kakak kesayangan.

7 comments:

Pena Daie said...

sekolah tahfiz ni kat mana yer?

Hanisah Safian said...

sekolah ni dekat KEDAH.namanya,sekolah agama arab yayasan khairiah.. ;)

joegrimjow said...

gud luk untuk adikk

Hanisah Safian said...

terima kasih joegrimjow.

amin.amin.amin ;)

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

sekolah nie bantuan kerajaan pusat ke kerajaan negeri ke persendirian?

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store Stormreaders - http://www.stormreadersstore.co.cc/

Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Nor Bahyah, Chef Sabri & ramai lagi di http://www.stormreadersstore.co.cc/ sekarang!

Hanisah Safian said...

salam Ahmad Zulfadhli,

ini sekolah persendirian.berlabur sedikit demi pulangan saham akhirat barangkali.insyaALLAH.. ;)

iktiraf said...

ralat.
kepada saudara Ahmad Zulfadhli,
sekolah ini bkn fully private tp semi.terdapat juga bantuan kerajaan negeri.misalnya pinjaman buku teks.

maaf atas kesilapan info.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails