Sunday, October 24, 2010

Lain kali,dengar betul-betul!!

Lena saya tergangu. Handphone menjerit-jerit tanda ada mesej baru diterima.Gagah juga dibuka mata,mesej dibaca:

"RM0.00 Ingin kecapi kebahagiaan dlm phubungan?Dptkan rahsia yg tsirat dlm menjalinkan hubungan skrg! Htr ON MB ke 22228.Eratkan hubungan dgn si dia tsayang" (-.-")

Lepas menyumpah-nyumpah dalam hati,saya kerling jam dinding.eyh! bukan.Takde jam dinding.Jam handphone. Ohhhh,baru pukol 4 pagi. Saya bangun, bergerak ke bilik pantry. Tibe-tibe kering pulak tekak nih!

Tengah-tengah tuang air dari cerek,sambil-sambil mengelamun,tiba-tiba mak cik cleaner datang dari belakang.Saya terkejut.Saya kaget.Dia cakap:

"peluk mak cik.."
"peluk mak cik.."
"peluk mak cik.."

Entah kenapa,saya terus lari!! air tinggal je kat bilik pantry tu, selipar pun tinggal. :P lari selaju boleh! kalah Watson Nyambek owh! Ye lah, memang saya kenal mak cik tu.Peramah orangnya, dah berusia. Sian, tua-tua pun buat keja berat-berat. Tapi paham-paham je lah!! sape tak terkejut tengah-tengah mengelamun masa isi air, dengan floor yang sunyi sepi macam tak berpenghuni,tiba-tiba ada orang datang dari belakang suruh peluk dia! haisssshh!!


Sampai bilik, termengah-mengah.Padahal bilik selang dua je dengan pantry! (--")


Tiba-tiba,rasa bersalah muncul.fikiran waras datang.
"takkanla ha*t* kott"


Mula-mula takut jugak nak pergi balik, tapi bila dengar ada penghuni lain keluar bilik untuk ke tandas,saya gagahkan diri.Bila sampai,mak cik tu masih ada,dia senyum.dan ulang ayat yang sama.kali ni saya dengar betul-betul.Rupe-rupenyaaa:


"peluh mak cik.."
"peluh mak cik.."
"peluh mak cik.." (--")


Hadoiiiiiiii  !!!!!!!

bikin takut aje la mak cik nih! saspen je.Untuk menutup malu yang lari entah hape-hape macam orang gila, dengan botol air bergelimpangan kat atas lantai pantry (bila pegi kali ke-2,mak cik tu dah tolong angkatkan*malu*), saya pun berbasi-basilahh,


"mak cik dari blok mana ni?"
"dari malinja.Naik sampai top.letak nasi lemak.letih mak cik nak"


aduhhhhh.malu! malu! malu! sure mak cik tu gelak guling-guling. haisshhhh!

Tapi sekarang mak cik tu dah tak ade.Rasanya dia dah kerje dekat tempat lain.Kadang-kadang ada jugak terserempak dengan dia tgh naik basikal.Tukang cleaner pun dah ganti yang baru.Gadis pingitan Indonesia gitewww~

Makcik,maafkan saya yeh?
saya rindu nasik lemak RM1.50 yang mak cik selalu jual tu. :p



pssstttt: naseb baik jugak salah dengar! kalo tak,tak pasal-pasal aku peluk makcik tu tiba-tiba.lagi maluuuu.hekhekhek.

                                     Hihihihihihihihihihihi *mengilai*





       

20 comments:

Aleen Aiden said...

hu3,naseb makcik tu xpelik tetibe orang peluk die.hadess.

Qib said...

hehe. nasib macik tu ok..
sian makcik, sian akak..


Latest entry di:
Kisah ikan keli
Serangan tiga penjuru
Happy Bday Bunga

Sophie Al-Yahya said...

ngahaha..

lawak giler.nasib baik dtg balik.
kalau x mesti ingat bukan2 dah.

MM said...

hahaha gigih ae makcik tuh cr rezeki seawal 4pg! wah inilah alam !!

tp lawak la ek..

Juwairiyah said...

haha sumpah lawak hehe

Abd Razak said...

Salam...

Awalnya makcik tu mula keje erk..!

Anonymous said...

hahaha. tak tahan macy na gelak. tapi mkcik tu mmg ckp byk kali ke

Anonymous said...

HAHAHA... klu peluk kompem makcik tu trus bersara. xmo jdik cleaner ag..

Unknown said...

hahaha...mmg jenis penakut ni

Hanisah Safian said...

aleen aiden:

puhhhh.naseb baik! :P

Hanisah Safian said...

PinQib :

ok-ok ajoooo.haha :D

Hanisah Safian said...

Sophie Al-yahya:

kusss semangat u ollzzzz.haha :D

Hanisah Safian said...

MM :

inilah duniyaaaaaa! haha :P

Hanisah Safian said...

Juwairiyah:

sesumpah? :P

Hanisah Safian said...

Abd Razak :

wasalam.

ehemmm. *terpikir jugak*

Hanisah Safian said...

maCy:

mungkin ayatnye berbeza.tp yup! die ckp ulang2 kali.hihihihihiihihih *mengilai* (--")

Hanisah Safian said...

sue@p.l.e.i.a.d.e.s :

sbb tu kot die dah x keje kat sini.miahahhahahah :D

Hanisah Safian said...

E.d.Y :

EYH! mane adaaa! saya berani orangnye! mueheheheheh :P

efa said...

hahahaha...lawak la...nasib tak peluk mak cik tu...nnti dya plak yg terkejot...miahahaha

Chrisegyq said...

ngahaha.. lawak giler.nasib baik dtg balik. kalau x mesti ingat bukan2 dah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails