Thursday, February 18, 2010

Normalkah begini? atau saya yang abnormal? (-.-")

Petang ini cuaca panas.Langit terang membiru.Panas,sangat panas.Titisan hujan sudah lama tak menjengah..Tanah kering.Pokok layu...tapi,angin kuat! sekuat gelora di hati saya barangkali.Entri ini muncul setelah saya tiba-tiba saya terpandang kad jemputan perkahwinan berwarna coklat,ditengahnya ada reben comel.Cantik,menarik.Oh,rupa-rupanya.......
                                        

Pada sesiapa yang follow blog kerdil ini,tentu masih ingat entri yang bertajuk"MASIH NO TITLE" kan?  erk!macam pelik pulak ayat ni.haishh! (-.-")

ya,entri yang telah menaikkan nama blog saya.cewaaaah!ala-ala dapat anugerah bintang popular la pulak.Tapi benar! Entri tersebut,adalah entri pertama yg mengumpul sejumlah 27 komen(cukup banyak bagi saya yang baru menapak dalam arena blog ni,masih suci,masih merangkak),dan meningkatkan follower saya daripada 11 orang kepada 40 orang!! Terima kasih daun keladi..

Saya mahu teruskan tentang kisah itu.(pada sesiapa yang berminat,sila baca entri lama tersebut,scroll ke bawah ye..hehe).Hari ini sudah 18.2.2010.Ini juga bermana tinggal beberapa hari saja lagi ke tarikh 14.3.2010.Ada ape dengan tarikh tu? ye,ada ape? Apa yee? tau tak?ok..ok saya bagitau.Pada hari tersebut kakak saya yang pertama akan berkahwin.Kami bakal terima orang baru pertama dalam keluarga.Percayalah,saya gembira untuk kakak!Tapi entah mengapa,jauh di sudut hati.saya sedih,takut,.......

mengapa sedih?
Entah..saya sayu.Bila kakak dah kahwin nanti,dia bukan milik kami lagi.Lagi buat saya haru,bila teringat ayat-ayat macam ni..

"anak perempuan,dah besar diambil orang la"
"habis la tanggungjawab kita(ibu-bapa) bila anak perempuan dah kahwin"
"hidup mati dengan suami la lepas ni"
dan banyak lagi.....

Lagi-lagi bila mengenangkan masa bersama yang makin kurang.Seperti yang mungkin sesetengah daripada anda maklum,tahun lepas,adalah raya pertama kami bersama kakak! selepas 6 tahun terpisah dek jarak dan masa.Bukan main kepalang gembiranya kami.sampaikan,mak membenarkan kami adik-beradik (perempuan) memakai pakaian yang sama corak walaupun berbeza warna yang sebelum ini mak sangat tegah!bukan apa,mak tak suka kami macam "boria"..hahahah..
        Raya pertama.dekat kpg.nampak baju boria tu??heee

Nampak?mengapa saya sedih?

Mengapa takut?
Entah..saya memang takut! saya takut dia tidak lagi menjadi kakak saya(poyo kan)? Tapi saya tak dapat menghalang perasaan bodoh ini.Bila terkenang kasih sayang yang perlu dikongsi dengan orang-orang baru (suami kakak+keluarga belah mentua+bakal anak-anak)..haisshhhh!! mungkin ada yang rasa bodoh sangat baca entri ni.Tapi percayalah,saya benar-benar takut.Banyak lagi sebab lain,cuma.....

Nampak?mengapa saya takut?

Pada mak,tempat saya selalu meluahkan rasa.Kata mak:
"tak baik macam tu.Doakan yang terbaik buat kakak"

Fikir saya,mungkin hati ini terlalu sensitif.ahhhhh..hati,hati..Bila becakap mengenai "ini",saya mengaku hati dan suara saya perlahan,mendatar,bergetar! 

Saya sendiri tak faham,mengapa begini pula perasaan saya.Mungkin,ya mungkin saya rasakan segala-galanya terlalu cepat.Walhal usia kakak memang melayakkan dia mendirikan masjid.Mungkin kerana saya kurang bersama kakak.Manakan tidak,dia memang jauh merantau untuk mencedok ilmu.Mungkin juga saya terkejut!ya terkejut kerana saya tidak pernah tahu dia sudah berpunya,tahu-tahu saja sudah mahu melangsungkan pernikahan.
Masih jelas lagi di ingatan reaksi saya bila,mak bagitau kakak nak kahwin.Apa reaksi saya?(mula-mula tekup muka dengan kedua belah tangan,kemudian tangis kedengaran,kaki menghentak-hentak lantai) haishhhhh...(-.-")saya sendiri tidak sangka dengan tindakan saya.sungguh!masakan tidak,saya tahu berita tersebut tidak sampai sejam selepas kakak tiba di rumah,di Malaysia setelah berjaya menamatkan pengajiannya di sana! Hati yang berbunga,terasa layu ketika itu..




Ini dia bakal pengantin kita...
                               ya,inilah dia bakal raja sehari kami..

buat kakak:Moga berbahagia,selamat segalanya,di dunia dan akhirat.

buat hati,diri:tabah! 

pssssssstttt:;saya tak hilang kakak kan?kakak saya cuma kahwin.kan? (-.-")



nota kaki:oh ya! kad kahwin coklat,bereben di tengah itu milik kakak saya..


Oh ya! normalkah begini? atau...saya yang abnormal? 

12 comments:

¶A.K.I¶ said...

lek... dia ttp ahli keluarga kamu.. mind set tukar.. bkn hilang kakak.. tapi tambah abg... so.. its more fun bl ahli keluarga kita ramai.. kn2?? klu kmo xde abg sblm ni.. xlme lg da ad abg.. it must be sumthg good come.. jgn pk negatif~

Hanisah Safian said...

haaa..tu la pasal.(b**o* kan?)..
segalanya akan baik2 saja.mudah2an.
terima kasih atas nasihat.

Sofiayantie said...

haaa.. betol kate org ats. tuu.
think postive la..
nway.. nak tgk kad kawen.. nnt wat kenduri kat gerik ke..??
nak pegi.. tp..... huhuhu

Hanisah Safian said...

amboi..amboi..mentang2 xde kakak..hahhah ;)

datangla.tgk kat fb aku nanti oke.nanti aku upload.

datang tau.btw,tapi ape?

hans said...

gua dlu pun masa kakak gua nak kahwin gua rasa macam kehilangan
tetapi sebenarnya tak pun
lu jgn risau lah

Akma Lee said...

sy pun rasa sama jgk dulu.mcm hilang kakak bla die kawe.padahal xpun...dia sentiasa ada....

Hanisah Safian said...

hans..

jadi memang normallah kan emosi saya ni? :)

terima kasih atas nasihat anda.

Hanisah Safian said...

akma..

terasa sangat cik akma.apa2 pun saya cuba kuat.die tetap kakak saya kan?
terima kasih.. :)

Hami Asraff said...

Assalamualaikum.

Minta maaf sekiranya sebelum ini belum berkesempatan untuk memberi sedikit komen di sini.

Perkara biasa. Life is a process. That part of your life. Nanti akan terjadi pulak pada kamu :)

Ada jodoh tak ke mana. Itu yang selalu didengari. Ya jodoh takkan datang kalau tidak di cari. Tapi mestilah kena dengan cara 'pencarian'nya itu

Itu saja. Nanti kawin jangan lupa jemput! :)

Hanisah Safian said...

waalaikummussalam saudara Hami.

ya,its part of life.Tapi "part" itulah yang buat saya selalu runsing!
pertama kali mungkin.

saya cuba kuat!
terima kasih ats segala nasihat.

aiyark! kawin?? hehe..ok.(-.-")

daun kesum said...

bila kakak kamu nk kawen,.

Hanisah Safian said...

CikTi,
14.3..

jemput2 la datang..hehe ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails