بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA PENYAYANG.
Lama berfikir,lama termenung,lama juga berimiginasi untuk mencari siapa dia yang patut dicoretkan di sini.Hati awalnya sudah terfikir seorang “insan tersayang” di sanubari.Namun,hati juga berkeras mahu mencari yang lain.Bukan kenapa,cuma dirasakan mungkin sudah ramai bloggers lain yang mencoretkan “insan tersayang” mereka dalam entri masing-masing anjuran Encik Hami Asraff.Ya! saya pasti,tiada ragu! Mahu serta? Klik saya. Barangkali,ajaibnya kasih si dia,saya tak mampu menolak lagi.Memang dia yang patut dicoretkan di sini.Ya! Dia yang saya kagumi.Siapa? Insan tersebut,SHAHNUM BINTI UDIN, emak,mama,umi,dan ibu saya.Bukan beerti kasih pada insan bergelar abah tiada,bahkan kasih padanya tidak bertepi,tidak terjangkau.Tapi,syarat pertandingan ini,-entri mesti tidak terlalu panjang(rasanya kalau mahu dicoretkan sekali kedua-dua insan teragung ini,takut tidak larat pulak saudara Hami nak baca)kan Hami kan?hehe..Juga,tajuknya pula- ceritakan tentang seseorang/sesuatu(mengikut ilmu cetek saya,ianya merujuk kepada tunggal,satu,mahupun satu individu).Betulkan saya jika salah kefahman ya.
Klise mungkin ayat ini.Tetapi,siapa tidak sayangkan insan yang bersusah payah mengandungkan kita selama 9 bulan 9 hari? siapa tidak cintakan insan yang sanggup bertarung nyawa demi melahirkan kita?Bagi saya,emak segalanya..Kasih sayang saya tidak dapat menandingi sayang emak pada saya.Cinta saya,tidak mampu menandingi seribu kali cinta emak kepada saya.Jika diibaratkan gunung sayang saya pada emak,mungkin kasih,cinta emak pada saya seluas seantero dunia!
Pernah.Ya,pernah saya terjaga dari lelap tanpa emak sedari.Saya lihat,emak melangkah di sisi,mencium hening bening mata saya.Emak bertelekung,solat hajat barangkali. Bila kelibat emak hilang dari pandangan,saya toleh jam di sisi.Oh,3.30 pagi rupanya.Air mata mengalir pantas deras ketika itu memikirkan betuahnya diri hina ini memiliki seorang emak yang semulia ini.Syukur pada-MU.
Selalu.Ya,selalu malam saya dipantau emak.Emak sanggup bangun walaupun letih,walaupun penat.Untuk apa? Hanya untuk melihat jika badan saya dihinggap nyamuk! Ya,Sungguh! Tiada dusta! Hanya kerana itu. Bila celik sahaja mata keesokan paginya,yang tinggal hanya tompokan sisa darah di badan,dan beberapa ekor nyamuk yang mati di medan perang .hahaha (+.+) Tawa saya pecah di hening pagi kadang kala. Sekarang? Ahhhhh..mata pula terasa panas. (T.T)
Kerap.Ya,acap kali emak emak pesan “belajar rajin-rajin.Bukan untuk sapa-sapa pun,untuk diri sendiri.mak tumpang bahagia”.Tiap kali ayat ini terlontar dari mulut mak,mak genggam tangan saya,peluk tubuh saya,cium pipi,dahi saya,juga kucup kening saya.Kasih ibu,bila dalam dakapannya,hati seraya tenang,damai,aman! Emak sediakan segala kelengkapan dari dulu hingga kini.Tidak pernah,ya tidak pernah saya dengari keluhan dari mulut emak,walau secebis! Jika dulu,beg sekolah beroda ala-ala Akademi Fantasia menjadi igauan,saya turut ada! Jika dulu, telefon bimbit menjadi ikutan,saya turut tidak ketinggalan! Pendek kata,mudah bicara saya tidak pernah rasa kekurangan! Syukur,syukur,syukur padaMU,kerana dengan izinMU, kami kini berjaya.Kakak sudah menjadi tabib,kakma bakal pensyarah,saya?masih menuntut bersama dengan dua lagi adik.Bukan berbangga,jauh sekali mendabik dada,tetapi sebagai pulangan atau barangkali balasan atas segala perit jerih mak.Sekali lagi ditegaskan,bukan abah tidak berbakti! Abah dan emak seiring,sejalan (ya,ya ini tajuk lagu,wahahha)bersama mendidik kami.Cuma,tiada kesempatan berkata mengenai beliau di sini.
Dulu,saya masih ingat,masih segar bugar di ingatan.Mungkin ketika itu masih dalam usia 13 tahun,baru di tingkatan 1.Saya dan beberapa kawan pergi berkelah di sebatang sungai.Memang benar,saya minta izin mak untuk ke sana.Cuma… Saya telefon mak:
Saya : Mak,nisah nak mandi kat sungai dengan kawan-kawan eh.
Mak :Ok.Jaga diri,kalau dalam jangan mandi,mak tak mau dengar benda-benda tak sedap.Pergi macam tu,balik pun sa………….
Bip..bip..bip…(ini bunyi talian telefon.saya tidak tahu bagimana nada yang mahu ditulis.ok,anda boleh gelakkan saya) (-.-‘’)
Talian terputus.Gelojak hati yang tak sabar-sabar untuk mandi,menyebabkan saya terus abaikan,dan terus terlupa untuk menghubungi mak kembali.(waktu itu pinjam telefon rumah kawan,masih belum ada telefon gengam sendiri)
Perbualan di atas,saya tidak berapa ingat sebetulnya.Mungkin terdapat perbezaan sedikit. (^.^) Dipendekkan cerita,saya balik ke rumah petangnya.Baru melangkah,nenek bertanya
“mana nisah pergi?mak risau,sampai tak makan.Pergi jumpa mak”
Saya terus ke bilik mak.Bila pintu saya kuak,mak terus peluk saya erat! Seerat-erat yang boleh.Saya lemas dalam ciuman berubi-tubi emak.Saya panik! Tapi saya tahu salah saya,mak memang agak sensitif berkenaan sungai,laut dan sewaktu dengannya.hehehe ..mungkin mak trauma kerana pernah saudara mak lemas di sungai ketika seusia saya.
Baiklah! Cukup sampai di sini rasanya.Bukan malas,jauh sekali ketandusan idea! Cuma..saya takut entri ini akan menjadi entri terpanjang yang pernah saya karang jika tangan tidak berhenti.Mungkin juga saya gusar hati ini sudah tidak dapat membendung lagi rasa rindu pada mak.Tiada kata,lafaz,bahasa,atau apa-apa saja yang dapat saya gambarkan betapa agungnya kasih mak kepada saya.dan…tiada apa juga yang dapat dibandingkan betapa cinta dan sayangnya saya kepada insan mulia,yang bergelar emak..
ini dia insan tercinta saya:emak di sisi abah.
Oh ya! Mungkin dapat saya sisipkan sedikit di sini.Setiap kali tibanya Maulidur Rasul,emak tidak lupa berpesan “ kerapkan lagi selawat ke atas BAGINDA, bukan susah,tengah jalan pun boleh selawat.Banyak syafaatnya.Buat berterusan.Hati pun lembut.Mudah terima apa yang diajar.Tapi,berusaha tu jangan lupa.”
InsyaALLAH mak,segala apa yang mak pesan dari nisah mula mengerti A.B.C,akan sentiasa nisah simpan dalam sanubari!
-TAMAT-
3 comments:
tahniah... :D
~ ( LayDee_N ) ~ ,
thanx ya :)
:) terima kasih atas entry ni.. sgt menyentuh hati.. ye pengorbanan ibu tak akan pernah kita mampu balas ..
http://hidupaku-mylife.blogspot.com/
Post a Comment