Assalamualaikum w.b.t dan selamat hari sabtu semua!
Sudah dua hari saya ada "geng". ye la,sejak mula cuti sem, saya sendiri.Memang Encik Abah dengan Puan Emak ada, tapi adik-beradik yang lain sibuk dengan rutin masing-masing.kakak sibuk dengan kerja dan mungkin sedang atau masih di dalam mood "bulan madu" lagi,kak ma pulak baru mula mahu menjejaki dunia pekerjaan.Oh! kalau kamu baca entri ni, tahniah untuk kamu Nisah ucapkan~! :) dah dapat gaji nanti jangan lupa adikmu di sini.kehkehkeh :D Muzakkir, juga sibuk dengan pelajaran dia. InsyaALLAH tahun ini dia bakal berjuang bermati-matian di medan peperangan SPM.eh,tak payah la kot sampai bermati-mati,berpening-peningan sudah la. Dannnnn, adik terakhir saya semakin sibuk di sekolah dia, Maahad Tahfiz Sains, Kupang Baling Kedah.Alhamdulillah, adik sudah menghafaz 2 juzuk ayat-ayat suci ALLAH.saya tumpang bahagia,syukur. :)
Saya ingat lagi,bila adik dapat 5A UPSR, mak menangis gembira.Abah tersenyum syukur. Saya pula sudah berkira-kira sekolah mana yang adik bakal masuk.Dalam hati :ohh,mesti adik masuk MRSM, tak pun sekolah sains,tak pun mana-mana asrama penuhlah!"
Tapi saya dapat tahu,adik berminat ke arah agama. Seboleh-bolehnya dia mahu masuk ke sekolah yang menawarkan program Tahfiz. Abah bukan kepalang gembira!*err,skema sungguh ayat.ala-ala karangan PMR-oke,mula-mula UPSR,sekarang PMR,lepas ni mesti ada SPM.Percayalah!* Bukan apa,abah gembira sebab memang abah mengimpikan salah seorang anak-anak abah menjadi Tahfiz.Abah cakap,jadi Tahfiz ni banyak manfaat, syafaatnya.
" sapa-sapa yang jadi Tahfiz ni, dia dapat tolong 7 orang ahli keluarga dia dekat akhirat nanti"
"Badan Tahfiz ni,bumi tak makan.Tapi dengan syarat mestila amalkan"
Akhirnya, adik bersekolah di sana.Sejujurnya, bila saya dapat tahu adik mahu bersekolah di sekolah Tahfiz,hati sedikit gusar.Bukan apa,entah kenapa, saya sering terbayang bahawa sekolah Tahfiz WAJIB dalam keadaan naif,serba kekurangan. Saya sering terbanyang yang pelajar-pelajar Tahfiz seolah-olah terasing dari dunia luar.Saya sendiri tidak tahu kenapa ini yang saya fikirkan.Mungkin dulu saya pernah mendengar kawan-kawan bercerita pasal hal ini.
Memang awalnya,saya bertanya macam-macam pada mak.
"mak,sekolah tu ok ke?"
"abah, sekolah tu macam sekolah-sekolah biasa jugak ke?"
"mak, sekolah tu ada periksa awam macam biasa kan?"
"abah,sekolah tu dekat pedalaman sangat ke?"
Mak, abah cakap, sekolah tu bukan fokus pada pengajian Al-Quran saja.Memang sekolah tu tawarkan subjek macam biasa.Cuma tambahan subjek-subjek agama.PMR,SPM juga tidak diabaikan.Bahkan,dititik beratkan.Untuk pengetahuan,hanya pelajar-pelajar yang mendapat 4A dan 5A UPSR sahaja diterima.Temuduga juga dijalankan sebelum pelajar diterima masuk, dan apabila masuk tingkatan 4, pelajar di sana hanya akan berada di dalam aliran sains.Aliran sastera tidak ditawarkan.Yela,dah nama pun Tahfiz sains. *wah..wah..rasa macam baca berita pulak* (--")
Tambahnya lagi,*fuhhhh,ayat macam ayat SPM* sekolah tu baru dibina.cantik.siap ada bilik ala hotel lagi dekat tingkat atas.kelas pun macam kolej.guna sliding door. ada tempat rehat-rehat cantik lagi dekat depan tu.
Saya tak puas hati.Hari kami melawat adik, saya tak sabar-sabar dalam kereta.Tiba-tiba.
"haaaa,dah sampai sekolah adik.cantik tak Nisah?"
"dah sampai? mana-mana?tak nampak pun? mana?"
"tuuuuuuu.*mulut mak muncung,tangan tunjuk ke satu arah"
aiyark! ingatkan dewan ape tadi.
dalam hati saya akui "cantik..cantik"
cantik kan? saya tak tipuuuuu..
dipendekkan cerita,saya suruh adik tunjuk kelas,ala-ala lawatan sambil belajar la.
benar! memang cantik.dorm hanya di bawah,kelas di atas.kelas,dorm,dewan makan,dewan, surau hanya di dalam bangunan yang sama.
Awal-awal adik di sana, saya tanya macam-macam
"adik,kalau korang tak dapat hafal,ustaz buat ape?"
"ustaz rotanla.."
"hah!! ustaz rotan? biar betul? ustaz ni pun satu,kan korang baru form one.mestila susah.tak kan sikit-sikit nak rotan kot? sian la.kamu pernah kena? sakit ke?" *provokasi cuba ditimbulkan di situ.Nada marah. Muka merah. Dalam hati,"mesti adik pun rasa yang sama"
Tiba-tiba...
"apelaaa kamu ni! betul la ustaz buat macam tu.kalau tak,kami semua ni naik kepala laa! tak mau hafal.kalau ustaz buat macam ni,tengok! semua orang hafal.lagipun ustaz rotan kalau dah nasihat pun teruk jugak.Bukannya ape pun!!"
erk! malu sendiri.
Akhir bukan 4, adik ditawarkan ke Sekolah Menengah Sains Tapah.Sekolah baru,batch pertama.80% dari saya memang mahu adik pergi.Saya rasakan sekolah itu memang terbaik untuk adik.Bukan apa,saya cuma gusar adik tak mampu mengikuti pelajaran di sana.Bukan semua mampu menghafaz Quran, dan pada waktu yang sama perlu mempelajari lebih 10 subjek untuk seseorang yang berusia 13 tahun.saya cuma risaukan dia.
saya telefon mak
"mak,adik terima tak tawaran tu?"
"tak.adik tak tangok pun.dia cuma baca sikit je."
"lepas tu?"
"adik cakap.mak,abah adik tak nak pergi.adik nak sekolah sana.ada Tahfiz"
Sejak itu. Saya tahu,adik memang benar-benar nekad di sana.Adik yang bakal mewakili kami sekeluarga melabur saham akhirat.
sayang kamu! :)
Jumpa lagi ya? salam.
11 comments:
ala nak pegi konsert tapi jauh bebenorrrr..wuu
=) alhamdulillah....
zara: jom.jommm. :)
Penahatiku83: ye,syukur alhamdulillah.
tahniah!!!
hebat adik enti..kecik2 dah ade kesedaran yg mcm tu..bila la diri ni nk hafal quran..huhu
teringat kenangan abah suh masuk tahfiz tapi saya tak nak
hahahahahah
محمد فردوس سعد: Alhamdulillah,syukur jugak.malu sendiri tak ada kesedaran macam dia.
jane: hehehe,tak ape la yang penting kena ada minat kan? :)
salam,
anak bongsu abah pun berminat nak masuk tahfiz ni. abah akan tunjuk blog ni kat dia nanti...
hello.....saja jalan2......
syang adik ko.....nak kwn ngan adik ko arr....
abah aman: tahniah encik abah ye.
ada anak yg mcm tu. :)
si Laut Mati: adik aku pun sure
sayang ko jgk! kehkeh
Hahahahhaha.......bagus2...kimsalam aku kat dia bila ko jumpa dia.....sejuk ati mak mengandung...
Aku Punya Blog
iktiraf tolong la buang word verification tu...x best la nak komen...
Salam..Kak zureen pun teringin nak menghantar anak ke Tahfiz Sains jika berpeluang..
Post a Comment