Monday, June 28, 2010

sekadar pedoman sesama kita.

Assalamualaikum w.bt dan salam sejahtera semua wahai para bloggers yang tegar sekalian! :)

before apa-apa, tengok cartoon ni dulu eh.



so? mesti korang dapat tangkap apa yang saya cuba share kan? bukan apa,walaupun benda ni dah macam klise sangat,tapi dah makin menjadi-jadi pulak.melampau-lampau,saaaaaangat melampau!

ye,ye.tak lain tak bukan pasal MANUSIA BESAR buang MANUSIA KECIK!
take note eh! bukan BINATANG BESAR buang BINATANG KECIK!

tak payahla kot saya explain lagi.semua orang pun dah tau kan? gejala yang amat tidak sihat dan amat berdosa besar ni,lagi dimurkai ALLAH S.W.T. makin menjadi-jadi pulak.bak kata pelajar buat karangan SPM "tumbuh bak cendawan melata) :p

Banyak puncanya.Banyak faktornya.Faktor agama? sudah pasti.Tapi,pada pandangan saya la.ayat "kurang didikan agama semenjak kecil" macam dah kurang releven nak digunakan lagi.Korang pun tau kan? gadis bertudung labuh,jejaka budiman, yang bersekolah agama pun boleh tumpas! sekali lagi,ini pandangan saya.

err,sebenarnya saya mahu upload satu gambar yang bersangkutan dengan pernyataan di atas tadi.(dah upload pun,tapi saya remove balik) Rasanya cukuplah beliau dicerca masyarakat.mungkin sekarang beliau sudah insaf.Jadi,saya lupakan hajat untuk letak gambar beliau.rasanya,tak letak pun korang tau kan? ha?? tak tau? ape lagi,google.google. :)


 NAUZUBILLAH!


Tunjangnya,mungkin gelodak perasaan remaja.seperti ini?

                                 

Encik SEX tidak bersalah langsung dalam hal ini.Beliau merupakan nikmat yang dikurniakan ALLAH kepada insan-insan yang sudah SAH ikatannya,tiada lagi aurat di antara mereka,tiada lagi batas,ataupun dengan bahasa mudahnya kepada mereka-mereka yang sudah BERKAHWIN! bukan untuk mereka-mereka yang baru BERTUNANG, apatah lagi BERCOUPLE! ada paham? -pesanan untuk DIRI SENDIRI,dan korang-korang semua. :)

dannnnnnnnn.Bila berlakunya persetubuhan HARAM,dan TERlahirnya bayi yang langsung tidak berdosa,otak mula tidak bertindak waras.hasilnya?:





OH! cukuplah.tidak sanggup lagi menatap wajah ahli-ahli syurga ini dibuang tanpa belas.


Peringatan untuk DIRI,dan kawan-kawan semua: janganlah kita "mendoublekan" lagi dosa kita.Bila sudah tersilap langkah,jangan dibuang/dibunuh pula insan kecil itu.

ingatlah,sesungguhnya DIA MAHA PENGAMPUN.

Renungkan:

Maksudnya : “Daripada Maimunah Radhiallahu Anha beliau berkata : “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Umatku (ini) akan terus berada dalam kebaikan selama tidak tersebar luas anak zina di kalangan mereka. Apabila anak zina tersebar luas di kalangan mereka, maka hampir sahaja Allah ‘Azza wajalla akan menurunkan azab siksa kepada mereka seluruhnya.”

( Hadis riwayat Ahmad, baik sanadnya) 


jumpa lagi ya? salam :)


20 comments:

naz said...

jika sekarang kita ada tong sampah kitar semula tapi mungkin kini kita perlu tong sampah bayi

Sophia Rani said...

perkara macam ni da susah nak bendung.. cume kesedaran diri sendiri je yg mampu.. org len tak leh nak ubah melainkan memberi jalan..

MiE MaeL said...

owh..begitu aktive skali ae berblogging! Hehe..mmm isu y da taboo tp still relevan tuk difikirkn! Satu je pnylsain! Ubah undang manusia kpd hukum Allah!

rathiqah azmira rosli said...

ermm kalau rasa tak tahan,mintak kat mak ayah nak kawen.senang

E.d.Y said...

ya Allah..xsanggup nak tgk gambar2 tu

I*K*T*I*R*A*F said...

naz : OH! tidaaaaaaaaaaak!

I*K*T*I*R*A*F said...

Sophy : mudah2an dijauhkan. :)

I*K*T*I*R*A*F said...

MM: mana ade active laaaaaaa. :P setuju! setuju!

I*K*T*I*R*A*F said...

rathiqah azmira rosli : diorang takut mak ayah tak bagi kot.(--")

I*K*T*I*R*A*F said...

E.d.Y: kan? kan? ;,(

zulkbo said...

salam..
terima kasih kerana
menjadi blogger yang prihatin
tentang isu buang bayi..sesamalah
mewar-warkan buat generasi muda
agar menjauhi sex bebas..punca pembuangan bayi yang tidak berdosa
melainkan dosa ibu-bapa mereka yang
tidak dapat mengawal nafsu sendiri

maCy said...

syukran ats psnn khdmat masy ini..

mnusia smkn kjam, sgp btndk keam dmi tuntutan nafsu secara tidak halal~

Nur Su'aidah said...

astaghfirullah! tak sanggup nak tengok gambar baby2 tuh ;'(

iqbalsyarie said...

ngerinya!!!kita semakin menghampiri kebinasaan.Antara 1 drpd 3 sbb Allah tahan bala ialah ramainya anak-anak kecil yg menyusu.Tp skrg,lg ramai anak-anak yg dibuang.apa cer??
Latest post:Bagaimana mahu menyatakan sayang yg sebenarnya?

Abd Razak said...

Salam...

Tak sanggup nak tgk gambar bayi tu terutama yg dlm tandas tu

jane said...

skurg2nya baby yg mati di Palestin dlm keadaan mulia


di malaysia dlm keadaan hina


iskkkkkkk

cikTi said...

masyarakat skarang dah xtahu dosa pahale..

main borong aje...

pastu nyesal,pastu buat lagi,pastu nyesal lagi.
tp nyesal2 pon,nasik dah bukan jadi bubur,nasik dah basi..

Muhammad Ibnu Nazir said...

Salam.

In The Name Of Allah.

Dunia yang semakin reput manakala situasi manusia kini kian pincang. Hilangnya pertimbangan Akal dan Iman, maka inilah jalan pintas untuk mengikuti jejak-jejak nafsi syaitan yang bergelora.

Apa-apapun satu perkongsian dari moderator untuk tatapan umum yang menarik, berkesan untuk menginsafkan diri. Semoga akal-akal manusia dekad kini, akan lebih digunakan di situasi yang betul dari diletakkan 'terkebawah'.

'terkebawah'

'bawah'

'bawah lagi'

'lagi'

'dan lagi'

............ lagi.

Muniey said...

same2 la kite bdoa agar kte djauhkan drpd pkare2 mazmumah mcm tu kan. aminn.. oh btw, thanx singgah blog haritu :)

nik rosmawati said...

akak tak blh tgk pic baby2 tu..sian sgt

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails