Thursday, August 26, 2010

ewwwwwww ~


Assalamualaikum semua. :)
Err,ada orang tak ni? 
haaaahhh! kamu! ye kamu laah! sehat? time kacih lah sebab sudi singgah kat blog ni eyh! terharu. :)
Disebabkan exam dah habis,result pulak "gempak-gempak",saya dengan bangganya mempersembahkan entri "ewwwww" ni.
 Rasanya kan,dah lama tak buat entri gila-gila.So,kali ini diumumkan bahawa entri kali ini,entri gila! sekian.

Macam biasa,sempena dengan bulan ramadhan ni,soalan wajib:
Bukak puasa ape hari nih? haha
 saya? saya berbuka biasa-biasa saja.Almaklumlah,orang bujang.Tapi tadi teringin betul nak minum ais blended,tapi hajat tak kesampaian sebab ais blended tidak berjaya di kesan. *sigh*

Oleh yang demikian,disebabkan kecewa,saya membawa diri berjumpa Datin google.Nak survey ais-ais blended yang best.Kot-kot balik rumah nanti rajin nak buat ke. :P

so,saya type lah "ais blended" 
ye lah kan? takkan nak cari ais blended taip "mesin basuh" (--")

Tapi entah macam mana,terkeluar la pulak sebijik binatang yang memang tak ada kena mengena pun dengan ais blended nih.Dan,entah kenapa pulak,jari saya ni gatal pegi click.hadoii.Binatang tersebut bukanlah semut,jauh sekali zirafah.Tapi beliau adalah katak! ya katak ong gedek-gedek~

OH~ rupanya ais blended ada flavour barulah!

nak tengok?

Cop-cop!

Illustrasi di bawah hanya untuk orang-orang yang tabah.Untuk EMAK-EMAK MENGANDUNG,MEREKA-MEREKA YANG LEMAH SEMANGAT,KORANG-KORANG BUKAK PUASA BERLORI-LORI,dan PARA FAN-HARD-DIE ICE BLENDED,anda dinasihatkan supaya berwaspada! hahaha :D










eh.eh.nak tengok jugak? ok lah, zaaasssssssssssss:

       
                                Langkah pertama: pilih katak yang terbaik.

                           Langkah kedua:siang katak dengan penuh dedikasi.


                       Langkah 3:masukkan katak secara terbalik ke dalam blender.


                                        Langkah 4: kacau hingga sebati.


                                         Dannn,minum! slurrrrrppppppp!






DENGAN INI SAYA BERJANJI BAHAWASANYA SAYA TIDAK AKAN MINUM ICE BLENDED SELAMA SETAHUN.eyh! SEMINGGU je lah! (--")


ehem,group saya ada jual "COKE ASAM" untuk MGM.anyone?






kan saya dah cakap,entri ni entri gila! :P

Wednesday, August 18, 2010

Tu lah! gatal masa bulan puasa!

Assalamualaikum korang semuaaaaa~

Bukak puasa ape hari ni? ayam percik? ??? WOW! mintak sikeeetttttt. :P

Hari ni,saya dengan beberapa kawan,pergilah bazar.Tapi bazar kecik-keciklan je sebab mostly students UPM yang jual untuk subjek MGM. Untuk adik-adik manis yang tak tahu,MGM merupakan sebijik subjek yang memerlukan pelajar menjual barang-barang,makanan ataupun perkhidmatan sebagai salah satu aktiviti mesti dalam kos tersebut.Ada paham adhek manissss? hehe :D

Salah seorang kawan saya,nama dia Sharmila Malakar ni,dia suka sangat tengok mamat-mamat handsome.haha.kire dah jadi macam hobi die lah.Nak dijadikan cerita,si Mila ni nak beli cendol.Mamat yang jual cendol ni pulak,boleh tahan rupa parasnya..haha :D


sebelum tu,presenting............SHARMILA MALAKAR!


sory mila.i rompak gambar ni kat fb u.haha :D




Okeh,sambung.


saya:Mila,u hepy rite? CG! CG! CG!
Mila:ya laaaaa.hahahahhahahahahahha 

Tiba-tiba ada mak cik ni mencelah~


ehhhhh!! cop-cop!



sebelum tu.nak tanya..









korang tau tak CG tu ape?
 
saya agak yakin korang tak tau.

Kan?


















kan?






CG adalah....














Errrr,saya bagitau dekat akhir entri ni boleh tak? kalau saya bagitau,nanti tak seperise dah la.haha :D





haa.sambung balik.tiba-tiba ada mak cik ni cakap:

Mak cik: haaaaa!! sape ajar awak cakap macam tu!!! *suara dia kuat okeh!*

saya:errrr,kiteorang reka je makcik. 


Makcik tu tengok kami.
saya tengok Mila.
Mila tengok saya.
Abang cendol tengok kami.
Air cendol pon tengok kami.
semua orang dekat kedai tu tengok kami!

Mak cik:haaaaa.bagitaula sape ajar. *errr,mak cik ni punye suara kan,macam ada microphone je kat mulut dia: haaissshhhh"

semua mata dekat kedai tu tengok kami.MALU.

kami:Errrr,kiteorang saje je mak cik.*time ni nervous tak ingat sebab kiteorang ingat mak cik ni tau CG tu ape.haha*

Mak cik:cakaplah.sape ajar??


kami diam.senyum-seyum je.*padahal dalam hati rasa macam nak larikkkkkkkkkk~*

Dalam 5 minit jugakla mak cik tu desak saya dengan mila cakap.Tapi,kiteorang tetap diam!!


"bagitau la sape cakap?"
"sape ajar awak?"
"ada kawan ajar?"


arrgghhhhhh mak cik ni.dah la tu.Malu tau tak?

Tiba-tiba mak cik tu sambung:

mak cik:Orang jawa ke?pandai je cakap.
Kami:haaa? cakap? cakap ape?
Mak cik: tu tadi cakap nak CG kan?
saya:errrrrr.diam.tunduk. *kalau ikutkan hati,nak je lari.tp air cendol ni lambat sangat siapnye.hadoi~*
Mak cik:CG tu kan maksud dia "satu".Orang jawa cakap CG laaaa.Pandai   awak.
saya:diam.senyum.ketawa kecil.gelak besar.hahhahahahahahah :D
saya:ye.ye.memang saya cakap nak cendol satu.


fuhhhhhhhh.nasib baik! saya dengan mila ingat,mak cik ni tau ape dia CG tu.


Oklah.sekian dulu.jumpe lain kali.nak buat esemen.daaaaaaaaaaa~




























































































saya tak lupa janji lah!



























errrrrrr,

































CG tuuuu.....





































stand for...


























































CUTE GUY.


Lariiiiiiiiiikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk~

Thursday, August 12, 2010

Bila kelas grammar,saya jadi gila!

CAUTION:Ini entri luah rasa.Ini entri luah duka.Ini entri gila.


Dalam Bahasa Melayu nya :

"DESKRIPSI TATABAHASA UNTUK GURU BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA"

panjang sangat???

panggil aje GRAMMAR !!

mengapa benci?

Tatabahasa rumit.(STPM DULU BM DAPAT C)

ni kan lagi tatabahasa inggeris.

OH tidakkkkkkkkkkkkk~



Bila kelas grammar,saya jadi gila.
Bila kelas grammar,semua orang salin nota.
ye,saya juga salin nota.
saya cakap nota.
bukan nota grammar.
nota ini.
nota saya. :)












Dannnnn, bila kelas grammar,saya suka capture benda entah hape2.nampak sangat fokus kan?






pssst: habislah kalau mak baca entri niiiiii.errr,mak grammar susah lah.weeeeeeeeeee~

Oh~ tolong doakan saya kuat boleh?

Thursday, August 5, 2010

Dia kekasih saya sampai syurga! :)

Assalamualaikum.

fuhhhh,fuuhhhh,fuhhhhhhhhhhhh,aaaaaachemmm!! (--")
Dah,dah siap tiup habuk yang bertompok-tompok dekat blog ni.Maaf,saya sibuk! (ayat orang perasan blog femes).

Tiada cerita baru selain dari cerita kelas-kelas yang amat-amat pack,dan subjek-subjek yang tak best.Terutamanya,subjek grammar.Rasa macam koma je dalam kelas Dr tersebut.Haihhh! (--)

kali ini,
saya mahu cerita pasal dia,
Dia kekasih saya,
Boleh?

Hari tu,

Baru beberapa hari saya kembali semula ke UPM,mak bagi mms ni(err,hp abah cikai je,tak boleh anta mms.haha :D) :

"Slm.Blaja ok?Abh sruh mak anta gmba ni utk ttpan nsah.Mak blk ofis,abh trus mngadu dia kmskn blk nsh."
*mms ini disertakan dengan gambar kamar tidur saya yg kemas,  teratur, cantik,bersih!!*
Macam dijangka,lepas je baca message mak,air terjun turun laju-laju.heh!


Selang beberapa hari,datang lagi message dari mak.Message kali ni:
"Abh dah mla rndu.Abh psn,bljr sungguh2.Dont fget that.Ok!"
*oH~seperti biasa,"dia" turun lebat-lebat lagi.aduhhh,leceh betol! (--')*

Hari-hari seterusnya,mms,message dari mak terus hinggap di hp saya.Kata-kata nasihat dari mak,juga dari abah.Tapi biasanya mesti diselangkan dengan kata-kata rindu dari abah.

Dan,semalam masa dalam class yang saya selalu terlelap (--"),Kakma message:
Kakma:salam.Mak abah macam nk dtg weekend ni.
SAYA: haaaaa??? biaaa betol? knp? y so sudden?
Kakma:Jalan2 cari makan.Mak ckp abh rindu. :)

Dengar tu?
"Mak ckp abh rindu." 

Lepas je baca message tu, saya dah tak mampu nak reply message dia.sebab sebok cover muka tengah nanges sambil buat-buat baca buku,padahal terbalik! haha.kang tak pasal-pasal lecture tanye kang,takkan nak jawap macam ni,

"err,saya seronok sangat belajar subjek DR ni.sampai termenangis.heh!" (--")


Abah,sepanjang blog ni ditubuhkan,Nisah tak penah letak gamba size X-Large tau.Ni kire spesel untuk abah lah.hee :P

                             *mak,jangan risooo.gambar mak mesti ade jugaklah!" :P



                                                             ABAH,
I love you because you're my father,
But you're really so much more;
You're a guide and a companion;
You and I have great rapport.
You pay attention to me;
You listen to what I say.
You pass on words of wisdom,
Helping me along the way.
Whenever I'm in trouble,
You always have a plan.
You are the perfect father,
And I'm your biggest fan!


Abah,its hard for me to tell you how muchhhhhh I LOVE U.But I know,you know me better. kan abah kan? :D

pssssst: Mak,nisah tau mak baca blog nisah kan? copy paste entry nih bagi abah bace.Boleh mak? mane tau,kot-kot abah belanje laptop jenama SONY keee.Hahaha :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails