Assalamualaikum w.b.t and selamat siang semua!!
Err,sihat ke kamu-kamu semua?
Dah makan?
Dah mandi?
Dah.dah.dah.update blog? Hah??! Belom?pegi update cepat pegi.ehhhhhh,nanti-nanti! Baca entri ni sampai habis dulu eh. :)
Err,perasan tak,sekarang ramai kakak-kakak pakai baju adik-adik diorang kan?got it? Tak got-got lagi?hehe. :P jom baca!
Hari tu,saya, Encik Abah dengan Puan Emak(mak tengah demam n batuk2,doakan mak cepat sembuh ya) pergila jalan-jalan dekat pasar malam,walaupun waktu tu petang je baru.Tengah-tengah dalam kereta,stop dekat traffic light,adela sorang minah ni,berhenti betul-betul tepi kereta Encik Abah.Dari atas,saya nampak cik adik ni bertudung hitam.Orangnya manis,semanis lollipop! Tapi, sayangnya baju cik adik ni tersangatla singkat,ketat,and jarang! Singkat mana?err,tak payah cakap pun kamu tahu kan? Ketat mana? Owhh! Ketat sampai saya pulak yang rasa tak boleh nafas dan rasa macam nak tolong longgarkan sikit baju kakak kite ni.jarang mana? Ni lagi best,sampai orang-orang kat belakang boleh tahu warna apa baju dalam yang dia pakai. atau lebih spesifik lagi,kakak tu pakai warna biruuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.Hambek!cik akak,tak payahla kot nak tayang-tayang,rugi diri sendiri,untungkan lelaki-lelaki hidung belang yang tengok je.
Owh.gambar ni mungkin sudah biasa kamu tengok.tapi bagi sape-sape yang belom tengok,nah! Tengokla gambar minah lupa makan ubat demam kot.
Ehhh.tengok kejap sudah.jangan lama-lama yehhh. ;p
Saya tak la kata diri sempurna,tapi setakat hari ni masih waras untuk tidak berpakaian begini! Syukur.Oh.maluu!Oleh itu,ibu-ibu bapak-bapak siapa yang punya anak bilang aku,aku yang suuu.eh.eh.bukan.silap.kan dah tersasul.haish!yang sebenarnya, ibu-ibu,bapak-bapak siapa yang punya anak macam ini,silalah pelengkung mereka sekarang.!hadoiiii.Tudung dah cantik.cukup untuk menutup rambut dari pandangan lelaki bukan muhrim.tapi alahai,baju tu cik akak oii.Pendeknyee.ke akak buta? Tak Nampak baju tu sesingkat itu?ke akak tersilap pakai baju adik akak yang darjah 2 tu?ke akak takde duit nak beli baju yang labuh sikit? Free-free je orang belakang akak dapat analisisa hak milik kakak tu.! Semua orang boleh Nampak G-string kakak tu.kalau lawa sekalipun,tak payahla nak tayang-tayang kak!Ish,kalau aku la yang duduk belakang kakak ni,nak je aku belikan telekung kat die suruh pakai.biar le die tengok bola(kot) pakai telekong!err,cik akak oi.tahu tak apa itu M.A.L.U?kalau tak rasa malu dekat orang ramai pun,tapi tanamkanlah sikit rasa M.A.L.U pada DIA.jangan lupa jugak,kesiankanlah diri sendiri.ingat hot sangat ke buat macam ni? Tapi tak mengapa,kita anggap mungkin kakak ni TERSILAP barangkali.Abah selalu pesan”Ingat,kita kena selalu berprasangka baik pada orang.”
Nak lagi? Nak lagi?<
Jap.jap.nak load gambar(PERINGATAN! BUKAN UNTUK MENGAIBKAN SESIAPA,TAPI SEKADAR RENUNGAN,PENGAJARAN,BUAT KITA)
Jeng..jeng..jeng..!!
So? What say you? Saya rasa macam nak gelak sambil guling-guling dekat tengah-tengah jalan raya (melampau punye hiperbola kan?) bahahahah :P minah ni lupe makan ubat pening kot.tak pun lupe makan panadol active fast sebab otak dia macam tak berfungsi je.hadoiiii.minah oh minah.tudung dah cun,baju lengan pendek,pandai pulak kau cover dengan pakai benda hitam tu.tapiiiiii,ape kes tiba-tiba sesat pakai seluar pendek pulak ni?? Ke cik minah tak tahu beza antara seluar pendek dengan seluar panjang?meh saya bagitau meh.seluar pendek,macam yang cik minah pakai tu la atau sewaktu dengannya.seluar panjang pulak,mesti melebihi paras peha,lutut,betis dan buku lali kita,atau yang sewaktu dengannya.OH! ke cik minah nak reka fesyen baru? Apelah salahnya pakai macam si manis dekat tepi awak tu.kan sopan,and dia still boleh main jugak kan?cik minah,macam saya saya cakap dekat atas tadi,awak tak ade perasaan M.A.L.U ke? Err,kalau tak nak malu pada public or malu pada diri sendiri,tolong M.A.L.U pada DIA boleh?boleh? Again,kita buat anggapan mungkin cik adik kat atas ni TERSILAP!
CAUTION:saya tak kata diri sempurna,saya juga manusia biasa.Apa yang terluah cuma gelojak hati yang terbakar melihat gadis-gadis sama jenis,yang sama spesies,yang sama-sama bergelar hawa memalukan diri sendiri depan manusia lain.percayalah,cubit peha kiri,peha kanan pun terasa.EH?ye ke?hehe.err,apa yang cuba nak disampaikan,bila tengok ada kaum sejenis yang memalukan diri sendiri secara SENGAJA,kami juga terpalit rasa MALUnya.Benar!
Ingat, berfesyenla sebagaimana yang kita mahu.sebagaimana yang kita rasakan sesuai.Tapi,dalam berfesyen jangan dihalalkan apa yang haram,jangan dipendekkan apa yang labuh,jangan diketatkan apa yang longgar,dan jangan dibukakan apa yang patutnya ditutup.-PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI DAN SAHABAT. :)
Renungkan:
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Sesungguhnya DIA MAHA BERKUASA.
psssst:jika ada yang terasa,terkecil hati,termenyampah dengan tilisan saya.Maaf! saya cuma berkongsi cerita.supaya kita menjadi hamba-hamba yang dilindungiNYA.amin.
24 comments:
hahaha yang atas tu terbaik lah :) sendiri mahu fikir lah kan. kalau tegur nanti marah
benda hitam di tangan tu namanya handsock...haha....
asyik tersilap jer pun tak boleh diterima kan??....
jadi pandai2 la...tegur nnti marah plak....tak tegur pun salah gak....jadi kita tegur sesiapa yang boleh terima teguran je la....
hahaha.. x tahu dah nk ckp apa.. rata2 nmpak camni, hangin gak.. tp kalo sound derek kang.. kita plak yg kene..
adess.. bek xyah kai tdung trus kan..hahaha.. astaghfirullah..ap kina ckp ni.. :P
hee~ kina kai kain lapis tuk baju kurung pun rase cam xkai baju.. ni kan plak kai baju kecik..
sedih tgk org kai tdung tp baju kecik2 semcm.. xde uit nak kai baju beso ke? rasenye baju beso lagik murah.hee~ :P
Salam...
Salam ziarah...suka lagu kat sini. Boleh tahu tajuk lagu dan penyanyi. Macam suara opick jer...betul ker?
skrg org buat tudung tu sebagai trend je..nak nampak cantik..bukan ikhlas pun...
salam,
naz: tu la pasal.tp rasanya,kalau jumpa nanti,nak beranikan diri sikit tegur.boleh kutip pahala.hehe :)
JOTTER: ecece.tau la.saja purak-purak tak tau.kehkehkeh :P
maiyah: ape kate lepas ni kite tegor thru surat ke,sms ke.kikiki :D nak? nak?
♥ Nasiha Sakinah ♥ : tu la pasal.berape sen sangatla.tak pun,boleh je kita derma skt sorang. :D
waalaikummussalam ustaz,
ye,tepat! OPICK.tajuknya TAUBAT. :)
E.d.Y : kan elok kalau diikhlaskan je hati tu kan? berlipat ganjaran dapat.dah la cantik,pahala pun free-free je dapat. :)
Love this post!!!sgt benar,jujur dan menarik...kesian lelaki...
Cerit bikin hati panas!!!Be a muslim?Oh!sorry.I'm not interested...
Skang memang ramai camtu..
dah tak takut pada hukum Allah.
konon2 moden la.
slm.
dri wanita utk wanita.
bagus sbagai peringatan bsama.
teruskan perjuangan. :)
pakai tudung tp berlengan pendek pun dah pelik akak tgk..inikan pula berseluar pendek dan brtudung
iqbalsyarie : thanx! takpe,lelaki baik untuk perempuan yang baik kan? :)
kahwin jgn lupe jemput! :)
noor afzan : tu la pasal.harap2 timbul kesedaran.moden lagi pakai baju kurung.kehkehkeh :P
piewahid : salam :)
thanx ya? peringatan bersama.
nik rosmawati : hahahaha.tu la kan.seluar panjang dia tibe2 tertukar jadi seluar pendek kot.kehkehkeh :P
fesyen apa nih?
hizaki: errr,entahla fesyen ape.heh! ;p
hahha..
klaka2....
cik minah 2 sengal!
kih2..wat malu dowh!..
btw..folow my blog k!..
http://owlkieranaa.blogspot.com/
wow!..
mmg baju adik X kena curik ngn akak X la kot...
buat + dosa jerk...
doakanlah mereka agar betobat..
Post a Comment