Thursday, December 30, 2010

kat kedai nih,kalau order kuetiaw(betol ke ejaan ni) tomyam,dapat free gift cacing owh!!

Assalamualaikum n hi all~ :)

"kruekk..kruekk.kruekk".Ini bunyi perot.Lapar macam dah tahap kebulur padahal baru bape jam tak makan.  -_____-" . Dengan pantas,order lah kuetiaw(abaikan ejaan) tomyam.Mangkuk besarrrrr punya! Udang besarrrrr punya! sotong besarrrrrrr punya! duit pon besarrrrr punya.Tapi takpe,lapar punye pasal,tak kesahlah.

"slrrppppp" hirupan pertama.(ish! sedapnyeeeeee.nak rase?*sambil tolak2 mangkuk pada kakak.takmo sudah!)
"slrrrppppp" hirupan kedua.(nasib baik harga dengan rasa berbaloi. sedappppp! *kopek udang*)
"slrrrpppppp'' uhukkk uhukkk *tersedak (EH! APE NI?????)

pergghhhhhhhh  CACINGGGGG!!!!!    

Argghhhhhh!! ape nih! dah la lapar.ish! tak boleh jadi.Lepas tangkap gambar sebagai bahan bukti*muehehe*pergi cepat2 gerai makcik tu balik.Phewww nasib baik foodcourt hari ni tak ramai orang.Senang lah nak gadoh  tarik tarik rambot.*piiirahhhh macam berani*

sampai sampai je,halamakkkkkk kedai dah tutup! macam tau-tau je mak cik tersebut.sungguh cerdik beliau.Tapi takpelah.Redha.Mak cik,kot kot la kan mak cik terbaca blog nih kan*hahaha* takpe takpe saya halalkan duit saya.Tapi next time kan mak cik,jagalah kebersihan kedai tu sikit.boleh? takpelah,mak cik simpan je free gift mak cih tu eyh? 
-
-
-
-
-
-
-

Errr,mak cik.cacing nih mak cik basuh dulu tak sebelom campur dengan tomyam nih?ke makcik tumis? rangup ke kenyal rase die? LOL xD



Tuesday, December 28, 2010

Potong kuku pun dapat pahala tauuuuuu!!

Assalamualaikum n selamat hari selasa yang mendung lagi sejuk sampai jemur baju pun tak kering-kering semuaaaa!!  :)

YES! potong kuku pun boleh dapat pahala tauuuu! Memanglah tak salah nak potong macam mane-macam mane pon,taklah berdosa.Tapi tak dapatlah free gift "pahala".Kan best lagi syiiiokk sambil- sambil potong kuku pun dapat kutip pahala kan? sape yang tak nak pahala?? ade ke? kalau ade yang taknak baik sepak diri sendiri kuat kuat sekarang kasi sedar sikit!! Rugi owh, pahala tuuuuuuuuuuu~

Macam mana nak potong kuku and dapat pahala free-free je? Ape lagi,jom lah ramai-ramai potong kuku ikut cara Baginda Rasullullah S.A.W. Macam mana caranya? Mehh rapat rapat. Yang belakang tuu,mehhh depan sikit cikgu nak tunjuk nii :

Potong kuku tangan dengan kuku kaki ikut turutan nombor yang ada kat atas nih.Nak senang or kalau takut lupe,time nak potong kuku tu,bukak blog nih cepat cepat sambil clik nuffnang. MUAHAHAHAHAHA *panggggggggggg*  T________T  isk.lawak lawak jeee.wuwuwu

Nak tambah lagi koleksi pahala kite? berehhhhh berehhhhh.DIA kan MAHA PEMURAH.Buat benda kacang-kacang pun dapat pahala.kan? kan? Nak tambah pahala lagi? senang jee.Potong kuku ikut hari hari kat bawah nih:

  • Hari Sabtu - Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
  • Hari Ahad - Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
  • Hari Isnin - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat.
  • Hari Selasa - Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit.
  • Hari Rabu - Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
  • Hari Khamis - Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
  • Hari Jumaat - Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
+ Picture,info,credit to google

Nampak? nak potong kuku pun ada harinye.So,eloklah kalau kite potong kuku hari khamis,isnin dengan jumaat berbanding hari-hari lain.Pesanan ni,untuk DIRI SAYA SENDIRI dan untuk semaaaaaa! :)


psstttt: cuti dah nak habes.wuwuwuw. T_____T ni lemah ni.HAAHHHH! nak  
            buat-buat pengsanlah!! YESSSS!! naseb baik ade idea bernas lagi
            hebat!!!

Wednesday, December 22, 2010

Sanggup korang makan?


Assalamualaikum n hi all~

Ade orang tak ni? terimakasihdaunkeladi pada yang sudi singgah or kena paksa singggah or tersesat kat sini keee.sesat sesat pun sangat dihargai.muehehe :P JEMPUT-JEMPUTlah eyh? :)
takpayah intro berjela.kite terus ke topic utama howkey? -_____-"
Btw,korang lapar tak? kalaulah ade orang nak belanje makan kat satu tempat ni kan,korang nak? kat mane? meh tengok mehhhhhhhh...





Coppp-coppp!! jangan silap! ni bukan tempat nak beli barang-barang toilet tuh. -__-"

Presentingggggg restaurant TANDAS!! O.o

sape punye idea ni? aduyaiiii geli geli!

Perghhhh!! sanggup tak? sanggup tak?*muntah*
ini.memang.gila. (+.=)
pehhh pehhhh.bentuk memang tak tahennnnnn! *pengsan*
@#$%^&*@!! *pengsan balik*


*koma*
                                          
 pictures,credit to google.

oke? amacam? sanggup korang makan? pehhh pehhh sekarang nak pegi dapur carik asam masin takde asam masin rembat asam jawa takde asam jawa rembat asam keping kasi hilang rasa mual nih phewww  jumpe lagi di next entry ewahhhhhhhh! -______-''

till then! :)

Tuesday, December 14, 2010

Nak tukar warna facebook? boleh jeeeee!

Assalamualaikum and hi semuaaaaaaa~ :)

Minggu ni rajin la pulak nak mengupdate blog nih! Biasanya, dua minggu baru satu entri.Tu pon kalau rajinlah. kalau malas malas tiga minggu nak dapat satu entri pon payah! tu pon letih perah sampai kering otak nak share ape dekat sini.maklumlah,orang tak berbakat memang susah dapat idea.kehkehkeh :p btw, aku respectlah pada blogger blogger yang hupdate blog sehari entah berape kali.rapat kaki, tabik, haikkkkk!!!

Entah kebetulan ataupun sekadar kebetulan or memang betul betul kebetulan tapi memang selalu sangat kebetulan *pangggggggg!!* errrrr entah kenapa sepanjang berblogwalking ni kan, mostly mesti cakap pasal fb.Apelagi,tak puas hati pasal profile baru yang menyusahkan and complicated tuh laa.sampai mencarot carot bagai.hahaha chiiiilllllll laaaa oke? kang pasal fb tak pasal pasal dapat darah tinggi kangggg.

Lepastu, ada la terjumpa ayat ayat yang lebeh kurang macam nih,

"lepas ni ape lagi nak ubah? colour tak ubah pulak"
"aku nak facebook warna pink!"
"takde warna lain ke kat fb?"
"oii macam macam nak tukar.tukar warna la pulak"

Heyyy heyyyy heyyyyy tawan-tawanku sekaliannnn sape cakap takde?? adelahhhh.Dah laaaama dah ada. korang boleh tukar macam macam warna yang korang suka! hijau,kuning,pink, etc. Macam nih:

kann? pecaya pecaya? ikot suke koranglah nak warna ape.macam biasa,click untuk boooooOOsarkan! sory lupe crop. =.="

Nampak? nampak? actually tempat yang diblurkan tu pon warna pink.kena blurkan kang diorang saman aku.HAHAHAHA.click untuk boOOOsarkan yo? again,sory tak crop T___T

Pada yang tak tau kewujudan bende alah nih,jangan risauuu! jom aku share ngan korang mehh.mehhh mehhhh mehhhh sini mehhhh.Bolehla besuke ria lepas nih.Tanpa membuang masa yang nampaknya mencemburui kita =.=",korang picit je sini:


muehehehehehehe~ mekasih mekasih!!.susah susah je puji.*muntah* :P
then follow je lah instruction die eyh? korang sume kan teror teror.selamat mencuba selamat berwarna warni dan selamat beramal!!

Sekian saja dari saya Hanisah Safian.kita kembali ke sri pentas! :)

Sunday, December 12, 2010

psssttttt...chef Hanisah nak ajar nih! (:

Assalamualaikum semuaaaaaa~

test.test.

1 2 3..

test test *ehem*

test test ehem test

OK!!

Apa kabar penonton di rumah? puan puan,adik adik,kakak kakak.sehat ke semua nih? Bersama saya lagi dalam rancangannnnnnn SIMPLE TAPI SEDAP!! so hari ni puan puan,  kita akan masak makaroni cheeseeeeeee yang SIMPLE TAPI SEDAP oke? mudah je puan puan. :P

Oh ye! hari nih saya rasa begitu bertuah sekali ye kerana ditemani oleh budak kecik nih a.k.a adik a.k.a photographer a.k.a supporter paling kuat memberi pujian dan kata kata perangsang bila saya masak. kehkehkehkehkeh :P


dia suroh cakap,tangan dia tengah buat peace tuh! *sadisnya adik aku* T.T



Sebelum tu puan puan,bahan bahan yang kita perlukan adalah *tunjuk bahan* :
  • of course la makaroni kan?
  • Bawang besar dihiris sesuka hati
  • Bawang putih dipotong comel
  • cheese *ape ape brand pon jalannnn*
  • Bancuhan tepung gandum bukan tepung jagong
  • Susu segar
  • Mentega
  • sosej atau ape je yang korang suka
  • Gula
  • Garam
  • Black/white pepper


 Baiklah puan puan,kita mulakan yeee..

Ok puan puan,mula mula kita panaskan kuali dan masukkan mentega.


kemudian ye puan puan,kita tumis hirisan bawang putih dan bawang besar tadi dengan ceria.


Next step,masukkan bancuhan tepung gandum,susu segar dan gaul bukan dengan tangan tapi dengan sudip sampai sebati dengan penuh dedikasi.

Agak agak dah sebati bolehla kita masukkan makaroni kita ya puan puan.
kemudiannnnnn,masukkan cheeseeeee!! nak lagi sedap, sambil masukkan dalam kuali tu sebut cheese 40 kali sambil buat peace.Gaul sampai sebati yeee.

Tibalah masanya untuk memasukkan hotdog oke? saya hiris macam nih! kalau korang nak buat bentuk petak ke,bulat ke,segi empat selari ke,segitiga ke, mahupun berbentuk trapezium pon bolehhh.

Letakkan gula dan garam untuk effect masin dan manis ye.sape sape yang rasa nak kencing manis,taruk sebalang gula pun takpe.
Dannnnnn,jangan lupa letakkan sedikit black pepper or white pepper sebagai penambah rasa..

 Dah siapp!! mudah kan? hasilnyaaaaaaaaa...


JENGG JENGGGGGGG JENGGGGGGGGGG!!


DRUMMMMM DRUMMMMM DRUMMMMMMM!! 






TADAAAAAAAAAAAAA!!!! *beria sound background bagai macamla best sangat*

Alohhhhh golap la pulak! disebabkan malas nak remove so biar je kat sini meh aku upload gamba terang benderang sket meh.
Amik kauu! silau mata uih.oh by the way makaroni ni sedap jugak kalau makan selang seli dengan mentos ataupun twisties.suap makaroni telan mentos suap makaroni telan twisties suap makaroni telan mentos balik suap makaroni telan twisties balik.cubalah! o.O



psstt: Tadi sambil sambil kupas kulit pisang.mak pesan "abah cakap pisang nih tak boleh makan macam tu jeh" saspen jugak! manelah tau kot kot tu pisang dijampi serapah bagai ke.Bile tanye apesal,mak cakap "sebab abah cakap roti gardinea je boleh dimakan begitu saja". T.T
comel lah bapak aku nih!

Thursday, December 9, 2010

:) *lukis gambar senyum-senyum aci tak jadi tajuk?*



                                                                            NUR HANISAH BINTI SAFIAN,
                                                                            UNI. PUTRA MALAYSIA
                                                                            (tapi sekarang tengah cuti )
                                                                            SERDANG SELANGOR.

                                                                            10.12.2010


Buat mak yang paling disayangi,

Terima kasih daun pandan daun selasih daun keladi eyh cukuplah tak payahla banyak banyak daun sekali lagi time kasih mak  sebab susah payah bersengkang mata masukkan tali dalam lubang kecik kristal tuh untuk buatkan *tarik napas,hembus* jam tangan dengan cincin cantik kristal warna pink comel comel untuk anak perempuan bongsu mak yang selalu malas malas tak dengar cakap tapi baik hati nih! :P

dah rasa macam tangan ala-ala mak datin dah nih! O.o




I LOOOOOOOOOOVE U MAK!  :)


Oh,kalau mak perasan,KALAU la nama  blog nih dah bertukar.ho0ooyehhhh!! :P


Sekian,
Anak mak abah :)

Friday, December 3, 2010

Ini babak gadis.

INI BABAK SINGKAT.
INI BABAK LAMPAU SEORANG GADIS.

Satu malam,pukol 8 dia dah rebah atas katil.Dia agak penat.Dia betul betul lena sampaikan tak sedar masa berlalu pergi.

Tiba-tiba lena si gadis terganggu.Si gadis nampak bapak berdiri di muka pintu bilik.

Bapak: Gadis,dah solat isyak ke belom ni?
Gadis: Dah la pakkkk. *mata tutup,suara perlahan*
Bapak: Bile?
Gadis: Dah laaa tadi.Tapi solat terbalik.

Bapak terdiam. Bapak sambung tanya...

Bapak: Terbalik!?? terbalik macam mana?
Gadis: Ish.Terbalik laaaaa.kaki kat atas. *sambung tido*

Tiba-tiba suara-suara orang tergelak-gelak terbahak-bahak,berdekah-dekah sampai mematikan lena si gadis.
*Eh banyaknya kata ganda tapi takpe tolong abaikan kata kata ganda yang banyak dan menyemakkan pemandangan tu terima kasih.

Si gadis gosok-gosok mata.Dia terpinga pinga.Dia tertanya-tanya.Dia bermonolog:
"apasal bapak dengan kakak gelak-gelak nih?"

Bapak: Dah solat isyak ke belom ni? *tahan gelak*
Gadis: Belom laaaa.Tadi letih, tertidor.
Bapak: Abis,ape yang solat terbaliknye? kaki kat atas??  *muka merah tahan gelak*
Gadis: Solat terbalik?!  kaki kat atas? Sape cakap? ish!  -.-"

Si gadis bangun meninggalkan bapak dan kakak yang masih gelak gelak untuk ambik wuduk tanpa rasa bersalah.Dia pasrah!




Si gadis tu sekarang jaraaaaaang jarannnnnnng update blog kecik die.Sebabnye die tengah busy baca novel kat atas nih untuk sem depan.Tapi si gadis cakap,baru 2 helai je la pon . =.="

                                   Coooppp coooppp!! si gadis tu kirim salam.

Bai~ (:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails