Monday, November 23, 2009

masih no title..;)

Assalamualaikum w.b.t...

hari ni, hujan masih terus membasahi bumi.nyaman seperti biasa..kadang-kadang, sejuk hari seolah menggigit tulang.kipas pun dah berapa hari tak pasang.hehe..bolehla jimat sikit..semenjak tadi,sambil-sambil tengah basuh pinggan bertemankan pemandangan mata yang indah:kawasan luas berkabus, tapi jangan salah faham,rumah saya bukanlah di atas bukit ataupun perumahan elit,rumah saya biasa saja..cuma pemandangan di belakang sana,sangat indah...

oh ya,tertukar topik pulak.sebenarnya,semenjak tadi,masa tengah-tengah basuh pinggan saya rasa nak tulis satu entri ni.tapi saya takut.sebab banyak pihak terlibat.tapi setelah dicampur,tolak,bahagi,darab,saya rasa saya nak tulis..

sebelum tu, maaf pada kakak. kakak, ni cuma luahan hati nisah je..

jika ada yang follow, mungkin tahu yang kakak pertama saya belajar nun jauh di sana.sana itu di DUBLIN,IRELAND.. selama 6 tahun,tetapi sekarang kakak dah pun di malaysia.sudah bekerja pun,dah jadi doctor.tahniah kak..

saya ingat lagi, hari pertama mak,abah,kakak balik dari Ireland kami gembira! berkumpul satu keluarga di ruang tamu tengah.berebut-rebut nak tengok hadiah masing-masing. tiba-tiba mak cakap, 

"kakak ada nak bagitau benda ni.."

kami terdiam,hati saya mula berdetak kencang..sebenarnya sedikit sebanyak saya sudah dapat menghidu hal tersebut...

kakak diam.kami semua tengok kakak.semua tertanya-tanya..
tiba-tiba mak bersuara..

"kakak nak kawin.."

saya terus tekup muka dengan kedua-dua belah tangan saya..tangis saya mula kedengaran.semua pasang mata memerhati saya.sejujurnya,saya sendiri tidak sangka dengan tindakan saya! sungguh! 

"laaaa..kenapa?" mak mula bersuara..

tapi suara mak bergetar,saya lihat kakak, kakak tersenyum.tapi jika senyum itu dapat dirasa, mungkin pahit senyuman kakak itu.mata bundar kakak berkaca,tapi saya nampak kesungguhan kakak menghalang air matanya jatuh membasahi pipi putih kakak..

"laaaa..yang kamu nak nagis kenapa?bukan dia yang nak kawin pon!"..ish!! satu tamparan hinggap di betis adik! 

mulanya,saya sangka saya seorang yang menangis, ahhhh..sensitif sanagat aku ni..tapi,bila saya mahu berjalan keluar rumah untuk ke kereta abah, saya nampak kak ma ada di pintu.tiba-tiba kak ma bersuara,
"kak ma bukan ape.rasa macam awal sangatla." suara kak ma perlahan,mendatar,bergetar! saya paling muka,ohhh,rupa-rupanya "hujan" kak ma pun turun jugak akhirnya..heheh (^.^)

bukan saya tidak suka,bukan saya benci kakak nak kawin.saya,tahu berdosa menghalang masjid yang baru hendak dibina! 

selamg beberapa hari, saya menagis lagi depan mak..tapi kata mak, "jangan macam tu, kakak dah besar, kesian dia.." saya sedar..dan nanti,bila tiba masa saya.......

cuma........ saya sedikit sedih..saya sedih! saya belom puas menghirup kasih sayang kakak.kakak mula keluar berdikari sedari form 1. kemudian,dia melanjutkan pula pelajaran ke sana selama 6 tahun.satu jangka masa yang lama! selama itu juga raya kami tanpa kakak..

cuma....saya takut kasih sayang dia dirampas! saya takut kasih kakak berubah! adik-adik ipar kakak nanti juga mungkin mahukan perhatian..saya takut!

mungkin jika ada yang baca entri ini akan berasa semua benda yang saya katakan kata hanya mengarut! atau berfikiran ke anak-anakan!..

jawapan saya: tolong fahami saya..dia kakak pertama saya..dia kurang bersama kami.saya takut!

pada kakak:: sory kak,bukan apa cuma luahkan..ape-ape pon,moga bahagia..sayang kakak! (*.*)v

pada saya:: belajar terima hakikat! cuba kuat... =)

Sunday, November 22, 2009

cerita tentang "dia" lagi... =)

assalamualaikum w.b.t pada semua yang singgah..

terus baca yeee... ;)

kali ni,saya nak cerita tantang dia lagi..hari ini,saya seolah-olah tersentak! tersentak dengan kata-kata dia.memang saya akui,saya bukanlah seorang kakak yang lemah gemalai,kadang-kadang garang saya melampau-lampau(walaupun dia tak penah takot)heheheh.. ;p

maacam ni ceritanya..sepanjang saya balik dari cuti sem ni,saya agak kurang memarahi dia..sebab saya dah tekad nak kurangkan sikit kegarangan saya ni.lagipun tahun depan insyaALLAH dia akan duduk asrama,dah besar.bila dia dah dapat keputusan yang membanggakan dalam UPSR,lagilah saya cuba kurangkan tengking pekik saya pada dia..

petang ni,seperti semalam,hujan turun renyai-renyai.hujan yang sama semenjak semalam dan hari sebelumnya.tidak berhenti!

saya dan dia bersembang..macam-macam cerita kami bualkan..dia mengadu mengantuk, dan saya dapat lihat wajah mengantuknya itu.mata bundar dia semakin kuyu,suaranya semakin perlahan.saya suruh dia tidur,tapi nak tahu apa jawapan dia?jawapan dia yang buat saya tersentak sendiri.yang buat saya berfikir panjang..jawapan dia..

" TAK NAK LAAA..SERONOK PULAK SEMBANG DENGAN KAMU.BUKAN SELALU DAPAT SEMBANG DENGAN KAMU MACAM NI"..

hati saya tertanya-tanya..terok sanagtkah saya? sehinggakan bibir mugil dia mengucapkan kata-kata itu pada saya..bila dihitung,saya kira benar! saya amat jarang meluangkan masa berbual dengan dia sedari dulu lagi..saya amat jarang bergurau senda dengan dia..yang saya selalu lakukan,marah + tengking + jeling + .........
walaupun semua itu bukanlah berlandaskan benci,cuma geram barangkali! tapi saya silap! saya lupa dia masih kecil...

saya bertambah hiba mengenagkan segala macam perkara yang saya lakukan pada dia.dia menangis.dia meraung..

sekarang,dia dah berusia 12 tahun.dia dah besar..ahhhhh! cepatnya masa berlari...

tapi percayalah! saya sayang dia!

kepada dia:: kak icah sayang kamu.segala marah,tengking,cubit,pukul bukan sebab benci..

kepada saya:: kakak yang sangat terok!

p/s:: mungkin anda rasa tiada gunanya saya luahkan semua ini..mungkin ada jugak yang kata perkara ini    normal.tapi entah mengapa,kebelakangan ini,saya banyak tersentuh...ahhhh,hati......

p/s lagi:: tahu kan siapa "dia"....





"dia":: AHMAD MUIZZUDDIN BIN SAFIAN a.k.a adik saya..hehe ;P

Friday, November 20, 2009

ini satu kisah.. ;)

assalamualaikum w.b.t..

sekarang dah pukul 2.37 petang,hujan masih tak reda dari pagi tadi.cuaca,nyamannya..matahari langsung tak terlihat kelibatnya.titis-titis hujan semakin galak membasahi bumi.hari ni elektrik kurang sikit kot sebab kipas tak bukak..

mendungnya hari, menggambarkan mendungnya hati adik..
adik,hari ini adik buat satu kesilapan.kesilapan yang sangat.........

bila balik dari masjid tadi,abah diam,adik terus masuk bilik.tiba-tiba adik menangis.saya keliru..mak tanya kenapa,adik diam,dan mula menangis (air mata adik sangat mahal nilainya.adik bukanlah seorang budak yang kuat menangis,dari kecil samapi sekarang..tangis adik tadi, buat saya hiba.hinggakan kulit adik berpeluh dan kemerahan menagis)...

rupa-rupanya,adik silap langkah.adik tersilap percaturan.adik,adik..(oh ya,adik dapat 5A UPSR) tahniah adik..apa yang adik silap?? adik tertinggikan suaranya pada abah. hati abah mungkin sikit terguris.abah,insan sempurna di mata saya,kakak,dan adik-adik.entah kenapa,mungkin hal adik meyebabkan abah sedikit tersentak.(ye la,anak bongsunya sudah pandai meninggikan suara)..

tapi kata adik,bukan niat adik untuk meninggikan suara pada abah,cuma kata adik,ucapan pertamanya tidak didengari abah,jadi adik tinggikan suara untuk kali kedua.entahlah,bak kata mak, cuma abah,adik dengan ALLAH je tahu...

pada saya,adik yang salah.

'adik.kita anak,sedangkan "ah" pun berdosa,inikan lagi tinggikan suara pada abah'..
( saya tak la cakap pada adik,saya luahkan dalam hati jee,bukan apa saya takut kalau saya cakap,air mata saya berlinang).. ;)

sekarang?adik,dah pon tidur..penat menagis agaknya..
abah? sudah biasa..alahai! rajuk abah x mungkin lama, abah sayang anak-anak abah..dan sekarang pon,abah asyik bercerita tentang sekolah yang abah nak adik masuk_sekolah menengah IMTIAZ besut..


saya? air mata saya murah pulak nilainya..menangis saya menagis hiba..semakin meningkat usia,semakin saya kenal siapa saya.oh,rupanya saya sensitif orangnya! ;P

~~pada adik, jangan buat lagi..dan jangan risau,bila kamu bangun nanti,abah tak marah dah..

~~pada saya:: kisah hari ini,menyebabkan saya semakin berhati-hati menutur kata pada mak,pada abah..

~~pada adik lagi::air mata ni,khas untuk kamu! ;)

p/s::maaf kalau ada antara anda yang menyesal baca entri ini..tapi ini saja yang mampu saya tulis..

mood:: hiba...

Monday, November 16, 2009

saya buntu..

Assalamualaikum w.b.t

kalau ada sesiapa yang follow blog kecil ini,maaf sebab dah lama tak update!

bukan malas,bukan tiada masa..

cuma.....

SAYA BUNTU!!

saya tak tahu apa yang mahu ditulis,dikarang..
saya tak tahu apa yang mahu diluah,dirasa..
saya tidak tahu apa-apa..

semenjak balik ke rumah..
tiada benda yang saya mampu tulis..

insyaALLAH jika ada idea,saya kembali!

~ salam saudara..
dari::saya.. =)

Tuesday, November 10, 2009

'Mai mati sama-sama'

Oleh Mohamad Hussin
mohamad@hmetro.com.my


ALOR STAR: “Kalau hang tak mau hidup dengan aku, mai kita mati sama-sama.” Itulah kata-kata seorang warga emas sebelum secara tiba-tiba menikam isterinya selepas berang tindakan mangsa meminta cerai daripadanya dalam kejadian di Kampung Kuala Sungai, dekat sini, tengah hari semalam.

Dalam kejadian jam 1 tengah hari, Zabedah Ali, 73, maut akibat ditikam di sebelah kiri perut oleh suaminya yang berusia 81 tahun menggunakan sebilah pisau di depan pintu masuk rumah mereka.

Suspek yang juga suami ke-11 mangsa, hilang pertimbangan apabila usahanya memujuk wanita itu untuk meneruskan perkahwinan mereka menemui jalan buntu selepas dia tetap dengan keputusannya untuk berpisah.

Mangsa yang ditikam dengan pisau sepanjang 17.8 sentimeter (tujuh inci) cuba melarikan diri ke halaman rumahnya dalam keadaan parah sebelum rebah dan menemui ajal di situ.



 
Anak tiri mangsa, Ismail Hashim, 50-an, berkata sebelum kejadian, dia singgah di rumah ibu tirinya itu untuk menziarahinya kira-kira jam 11.50 pagi selepas pulang dari bandar ini.

“Ketika di rumah itu, saya nampak berlaku pertengkaran antara ibu tiri dengan suaminya dan dalam pertengkaran itu, lelaki terbabit mengeluarkan pisau yang diselit di pinggangnya lalu terus menikam ibu tiri saya.

“Lelaki itu cuba menikam ibu tiri saya sekali lagi, tetapi saya menghalangnya. Dia kemudian cuba lari, tapi saya dan seorang penduduk menahannya sebelum kami hubungi polis,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini, semalam.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Mustafa Ahmad, 80, berkata Zabedah dikunjungi suaminya yang tinggal di Kuala Kedah kira-kira jam 12.30 tengah hari semalam, dipercayai untuk memujuknya membatalkan hasrat untuk bercerai, tetapi wanita itu enggan menerima pujukan itu.

“Ketika mangsa rebah di halaman rumah selepas ditikam, dia sempat diajar mengucap dua kalimah syahadah oleh jiran yang datang selepas menyedari kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Star, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Beliau juga mengesahkan seorang lelaki berumur 81 tahun ditahan untuk siasatan.

Monday, November 9, 2009

saya kakak! ;)

salam pada yang tengah baca entri ni..
terima kasih kerana sudi singgah,menjengah blog yang sekecil hama ini..
terima kasih juga kerana sudi membaca, dan terus mengikuti penulisan-penulisan saya yang compang camping melata..tanpa anda,blog ini mugkin sudah lama tidak benyawa.terima kasih! Walaupun blog ini tidaklah segah mana,tapi saya bangga hatta seorang pelawat seminggu! Itu tandanya blog saya masih mendapat tempat di hati seorang insan! 

cukup rasanya intro yang berjela-jela tu..entah kenapa,mood menulis datang.dan untuk pengetahuan semua,saya sudah berada di kampung halaman,GERIK perak.
Jumpa mak, abah buat segala masalah saya terbang tinggi..ahhh,ajaibnya kasih mereka..jumpa adik,buat saya tertawa sendiri..ahahahah…malu! malu pada diri sendiri..nak tau? Setiap kali teringat adik, air mata saya merembas.Lebih-lebih lagi jika saya terbaca kisah tentang adik di blog kakak.rasanya,jika ditadah mahu secawan air mata saya. Disaat itu,mula terbayang muka adik-adik yang dah besar.MUHAMMAD MUZAKKIR BIN SAFIAN, sekarang dah pun di tingkatan 4,sudah tinggi! ( kalau berdiri sebelah dia,adala takat tengkuk!).. 

AHMAD MUIZZZUDDIN BIN SAFIAN, haaa,ni lagi sorang! Nakal,sangat nakal! Tapi nakal dia tu la yang saya rindu..(alamak! Dah nak mena…) sekarang dah pun darjah 6.baru habis UPSR..bila Tanya, “adik boleh buat tak”,jawap adik “boleh..senangla jugak”..ahh,senang hati dengar..moga kejayaan milik kamu! Amin.. ;) tapi dalam meningkat usia adik,saya semakin gelisah,gusar,keliru,dan sedih??

Kenapa sedih??
Entahla,mungkin naluri seorang kakak..heheh ;p bukan apa,saya takut segala keletahnya kini dirampas usia! Saya takut!
Setiap kali adik nak tidur,laungan salam pada kami semua mula kedengaran.
~ assalamualaikum abah!
~assalamualaikum mak!
~assalamualaikum kakak! (walaupun kakak tiada di rumah)
~assalamualaikum kak ma! (walaupun kak ma tiada di depan mata)
~assalamualaikum kak icah! (walaupun saya berada di sini,bukan di rumah)
~assalamualaikum abang! (walaupun abangnya di SMKA KERIAN)
***saya suka semua itu! ;)

Saya takut bersebab..bukan sengaja..
Misalnya muzakkkir,bukanlah maksud saya bila dia semakin dewasa,dia semakin lupa siapa keluarganya..tapi,saya ingat lagi..
Saya: muzakkir,jom tangkap gambar.(sambil memeluk lengannya)
Muzakkir: tak nak la! Nanti orang ingat kamu awek orang!
Saya:gulp!erk.ohh,ok..
Mula-mula saya biarkan situasi ini berlaku beberapa kali.fikir saya,ahh mungkin muzakkir tengah dalam fasa alam remaja.proses pembesaran!
Tapi saya tak boleh tahan! Lama jugak saya kaunseling dia hari tu..antara ayat saya,”kak icah ni kakak kamu,ape nak malu??ooo,malu orang tengok jalan dengan kakak ke? (dengan nada jenaka,walaupun waktu itu air mata saya tahan,saya tak mahu tumpas!) beberapa kali jugak saya mengadu pada mak!
Hasilnya,sekarang dia tak lagi segan.Mungkin hasil nasihat saya,ataupun fikiran muzakkir yang semakin matang.

Tapi,walauapapaun saya tahu,mereka akan terus membesar!
P/s:mungkin pada yang baca entri ni ada yang akan cakap:
1.eleh,abis tu,dia nak adik di tak besar-besar ke? Nak maintain kecik je?
2.alahai,poyo la minah ni,kecoh!
3.ni pun nak letak dalam blog ke?

Jawapan saya:
1.Cuma luahan hati seorang kakak.
2.sedih saya bersebab,gusar saya bermakna.
3.err,bukan ke ni gunanya blog?

Maaf pada sesiapa yang rasa menyesal baca entri ni..
Maaf juga pada sesiapa yang sangat tak setuju dengan saya.
Maaf pada sesiapa yang menyampah!

Kata saya:saya seorang hamba,anak,kakak, yang lemah..
Ikhlas: saya ;)

Aku bukan kerdil, aku hama.



Syukur..
Syukur..
Syukur..
Hanya itu yang mampu aku luahkan padaMU,
Hanya itu yang aku mampu ucapkan padaMU,

Aku hamba lemah?
Ahh,bukan!
Aku bukan lemah!
Aku tidak longlai!
Ah! Aku apa?
Aku hama..
Hahaha! Kau hama?
Ya,aku hama!
Aku tak bisa dilihat!
Aku tak bisa disentuh!
Hahah.ya kau hama!
Aku tau..aku tau..
Kadang kala..
Aku rasa..
Hujan seperti meneduhku..
Sejuk membahangku..
Panas mendinginkanku..
Air meratahku..
Api memanjakanku..
Ahhh,aku keliru..
Aku takut..
Kenapa perlu takut?
Aku..aku …
Aku tahu!kau takut DIA?
Ya,aku takut DIA.
Jangan takut,DIA MAHA MENGASIHANI!
Ya,DIA saying aku.
Jangan takut, DIA MAHA PENGAMPUN,
Ya,DIA maafkan lautan dosaku..
Jangan takut, DIA MAHA MENGETAHUI,
Ya,DIA tahu di bumi dan di langit..
TAKUT! Kerana DIA MAHA BERKUASA!
TAKUT! Kerana DIA ALLAH kita!
ALLAHUAKBAR!
ALLAH MAHA BESAR!

~~lindungi aku..
~~kasihani aku..
~~aku hambaMU yang lemah.. =)

Saturday, November 7, 2009

kenangan semusim.. ;)

pejam,celik,pejam celik....


sekarang,malam terakhir saya di sini.Di sini, di bilik kami.Kami, saya dan roomate..
dengar khabar berita dari senior-senior,bilik dan roomate akan bertukar ganti..
ahhhh,lecehnya..
leceh untuk bermula kembali dari kosong! bukan bererti benci berkawan,bukan jugak bererti benci kenal roomate baru,tapi itu semua leceh.. (^.^)


sepanjang semusim di sini, banyaaaaaaak kenangan+pengalaman yang sukar dicari ganti..
tapi bagaimana kalau saya katakan, persahabatan kami tidak cukup utuh, malah longlai!
emm,mungkin kami baru kenal...
mungkin jugak kami masih tidak sebati.<< ala2,bahasa chef pulak.. ;p
mungkin jugak kami masih lemah dalam menilai apa itu erti sahabat..
tapi pada semua sahabat, saya sayang anda...
cedok keluar segala yang kotor,keruh,busuk..
amblik,tadah segala yang bersih,jernih,wangi..
ingat,sahabat itu tiada nilainya.. ;)


sepanjang semusim juga saya di sini,
saya mula lebih akrab dengan apa itu erti "rindu"...
rindu pada abah,mak,kakak,kak ma,muz, dan adik..
juga..rindu pada semua..
ahhh,rindu memnag perit..
entah berapa gelen air mata yang dibazirkan..hehe ;p



sepanjang semusim juga saya di sini,,
saya kenal apa itu erti "cinta"..
cinta itu luas...
oppss..jangan salah tafsir..
cinta sesama manusia itu memang perlu..
tapi bukan itu "cinta" yang saya kenal..
cinta pada apa yang saya lakukan sekarang..
cinta saya pada semua di sini..
dan cinta,cinta,cinta saya pada di sana..
oh,rupa-rupanya itu erti cinta.. ;)


sepanjang semusim juga saya di sini..
saya berkenalan dengan "susah"..
ya,saya berkenalan dengan dia..
rupanya,susah tidaklah seburuk disangka..
kerana susah jugak,saya masih berdiri,,
kerana susah jegak,saya masih di sini..
susah ajar saya macam-macam perkara..
susah jugak ajar saya apa itu senang..
ahh,rumitnya..



dan..sepanjang semusim saya di sini,,
saya kenal siapa itu "saya"..
bukanlah beerti sebelum ini saya tidak tahu,
tapi mungkin kerana tanggungjawab yang lebih,
buat saya kenal siapa itu saya..
oh,,rupa-rupanya..
"saya" yang saya kenal itu..
sangat lemah orangnya...


itu,baru semusim..
musim-musim seterusnya..
saya akan kenal banyak benda baru..
saya akan kenal banyak benda lama yang baru ditemui..


YA RABBI,
jadikan aku...
hamba yang tetap,
barada di lorongMU..
amin.. ;)


hamba hina: saya..

Friday, November 6, 2009

ini satu kisah.. ;)

tuk..tuk..tuk...

assalamualaikum!!

ada orang tak ni??

nak dengar cerita tak?? cerita ni tak la best sangat pon..tapi entah kenapa, saya rasa best!! ( blurr jap ) ;)

macam ni kisahnya...

pada suatu hari,dia dan roomate dia,ijue(bukan nama sebenar) pegi la jalan-jalan..dengan niat untuk enjoy jap sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing..lebih-lebih lagi exam baru je habis..
sepanjang hari,kami berjalan..tema jalan-jalan kami hari tu :jalan-jalan cari makan:..hehe ;p
memang betul pun! kami menepati tema jalan-jalan kami..tak henti-henti makan..no wonder la berat badan makin naik!! hehhe ;P
tiba-tiba teringat post "penimbang penipu"<<< kalau ada yang baca blog kerdil ni,mungkin tahu..pada yang tak faham..ahhhh,,abaikan.. ;)


dipendekkan cerita, on d way dia dan roomate dia nak balik,ada seorang chinese girl tegur dia..



chinese girl:: miss!! miss!! kejap..kejap..

dia::emm, its ok la.saya nak cepat<< sebab dah tau asam garam lorong gelap tu..hehe ;)

chinese girl:: kejap la miss..tolong support program saya..just write your name.help kanak-kanak.
                    (lepastu dia  mention nama macam-macam penyakit,si dia tak ingat sangat)

dia::haa?? support kanak-kanak?? tulis je kan??

chinese girl:: ye..kira macam support laa..

** information yang dia nak:: nama, no hp, sain, dan 1 kolum lg........

dia::ni nak tulis ape?

chinese girl:: oooo, ni u tulis harga barang-barang yang u support untuk kite jual. (sambil   mengeluarkan    3 barang::  kotak pink-RM20-,kotak hijau -RM50- pensil sebatang-RM20-)

dia::ooo,so saya just tulis price barang yang saya support untuk u jual?? (dalam keadaan blur)

chinese girl:: ya..itu je..

dia::(dia tulis harga RM20)..walaupun masih dalam keadaan blurr..

nak tau ape terjadi lepas tu??

TIBA-TIBA!!

chinese girl::ok,u beli sekarang!! (dalam nada tinggi dan memaksa)

dia::haa?? saya kena beli?? kenapa? tadi cakap tulis je??

chinese girl::ye la, u dah tulis! kira u support la..

dia:: ape pulak ni??saya tak nak beli la!( entah dari mana kekutan melawan itu datang..oh ya! dari mak) hehe ;

chinese girl::ok la..RM10 also can laa..(sambil ajak kawan dia tahan saya)

dia::ahh,takde..takde..saya tak nak beli..

chinese girl::beli la...

**aktiviti kejar mengejar+ pujuk memujuk tu berlangsung selama beberapa lama..

mungkin pada sesiapa yang ada baca entri ni,kalau ada la,,mungkin ada yang setuju..mungkin ada yang tak..
tapi dia ada cakap tak kotak tu besar mana??
oh,ya kotak tu sama saiz dengan kotak cincin orang nak propose tu..
oh ya, kotak tu, harga dia satu=RM20..
nak tau berapa harga dia kalau kita beli dua?RM40?? salah-salah..
2 kotak yang sama, RM50..

nak tanya..logik ke??

oh ya, lupa pulak pensil yang berharga RM20, bukanlah bersalut silver,jauh sekali emas permata.nak tau pensil ape?? alaa..pensil yang ada anak patung kecik kat atas dia tu..
alaa..yang harga dia paling mahal pun RM5..

bukan sebab tu aje, dia rasa sangat tertipu!!

moral of the story:: jangan lalu kat situ lagi. (eh,tak boleh! nak lalu kat mana lagi? ) heheh..

apa-apa pun..ni pengajaran..

buat dia, hati-hati.. ;)


~~ emm,rasa-rasanya tau kan "dia" tu sape? hehe (^.^)v

Thursday, November 5, 2009

masih "no title"..

salam to all..
hari ni macam ada mood sikit nak edit post.**mungkin sebab exam dah habis kot**..sepanjang exam week, saya rasa agak ..???..(tak tau macam mana nak tafsirkan)..tapi apa yang saya cuba cakap,saya rasa macam agak blurr...



** 26.10.2009
subjek:KENEGARAAN MALAYSIA..

paper ni,saya rasa ok laa..<< ayat klise..hehe.. ;p....saya cuba yang terbaik<<< ayat klise jugak..(^.^)v
hopefully,i will get the result with full of  flying colours..

**29.10.2009
subjek:INTRODUCTION TO GENERAL LINGUISTIC

emmmm..how to say ye..paper ni,sejujurnya saya rasa agak confident..( dalam konteks diri sendiri  la )
DR YONG,,help me please..hehe ;D

30.10.2009
subjek:KEMAHIRAN BERFIKIR

untuk pengetahuan semua,hehe..lecture untuk subjek tersangatla good-looking..--bukan saya sorang cakap, tapi the whole class! erk! lupa pulak..subjek ni dah dapat la result!!
nak tau berapa saya dapat????? rahsiaaa....;D
tapi saya syukur..terima kasih ALLAH..


3.11.2009

subjek:TRENDS IN LANGUAGE TEACHING

jap...nak pikir balik..hehhe..
jap..nak tepuk dahi..
jap..nak think positive...
jap...nak doa..
emm..faham kan??
tak payah la saya cakap..
tolong doakan boleh?? (^.^)

5.11.2009
subjek:FALSAFAH DAN KONSEP PENDIDIKAN

ape ye nak cakap..saya pun tak tahu saya boleh buat ke tak..teruk kan??
doa..doa...doa..pada DIA..


conlusion::saya blur!!

** aaa..boleh tolong??tolongla doakan saya..perlukan doa2 kalian..

pada mak,abah..nisah cuba!!

pada kakak,kakma,muz,adik,,kak icah takot!!

pada YANG MAHA BESAR,hamba kerdil,lemah,hina, memohon lembayung rahmatMU..

ikhlas: me =)

( no title )

** salam pada semua..

## dah lama tak jumpa kan??





BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
alhamdulillah,pagi ni burung kicau-mengicau bagai menyanyi lagu sendiri...
awan malu-malu berarak..
angin berani bertiup...
matahari??? ahhh...masih terlalu awal untuk muncul....




hati dia keliru...
hati dia tidak tahu apa mahu dirasa..
hei hati!! apa ni??

dia takut...
takut untuk menempuhi hari-hari datang..
wahai TUHAN,,kasihani dia...


dia..dia...
jangan takut..
dia mesti boleh!!

~~ little note ni untuk dia..
~~ dia itu aku.. =)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails