salam pada yang tengah baca entri ni..
terima kasih kerana sudi singgah,menjengah blog yang sekecil hama ini..
terima kasih juga kerana sudi membaca, dan terus mengikuti penulisan-penulisan saya yang compang camping melata..tanpa anda,blog ini mugkin sudah lama tidak benyawa.terima kasih! Walaupun blog ini tidaklah segah mana,tapi saya bangga hatta seorang pelawat seminggu! Itu tandanya blog saya masih mendapat tempat di hati seorang insan!
cukup rasanya intro yang berjela-jela tu..entah kenapa,mood menulis datang.dan untuk pengetahuan semua,saya sudah berada di kampung halaman,GERIK perak.
Jumpa mak, abah buat segala masalah saya terbang tinggi..ahhh,ajaibnya kasih mereka..jumpa adik,buat saya tertawa sendiri..ahahahah…malu! malu pada diri sendiri..nak tau? Setiap kali teringat adik, air mata saya merembas.Lebih-lebih lagi jika saya terbaca kisah tentang adik di blog kakak.rasanya,jika ditadah mahu secawan air mata saya. Disaat itu,mula terbayang muka adik-adik yang dah besar.MUHAMMAD MUZAKKIR BIN SAFIAN, sekarang dah pun di tingkatan 4,sudah tinggi! ( kalau berdiri sebelah dia,adala takat tengkuk!)..
AHMAD MUIZZZUDDIN BIN SAFIAN, haaa,ni lagi sorang! Nakal,sangat nakal! Tapi nakal dia tu la yang saya rindu..(alamak! Dah nak mena…) sekarang dah pun darjah 6.baru habis UPSR..bila Tanya, “adik boleh buat tak”,jawap adik “boleh..senangla jugak”..ahh,senang hati dengar..moga kejayaan milik kamu! Amin.. ;) tapi dalam meningkat usia adik,saya semakin gelisah,gusar,keliru,dan sedih??
Kenapa sedih??
Entahla,mungkin naluri seorang kakak..heheh ;p bukan apa,saya takut segala keletahnya kini dirampas usia! Saya takut!
Setiap kali adik nak tidur,laungan salam pada kami semua mula kedengaran.
~ assalamualaikum abah!
~assalamualaikum mak!
~assalamualaikum kakak! (walaupun kakak tiada di rumah)
~assalamualaikum kak ma! (walaupun kak ma tiada di depan mata)
~assalamualaikum kak icah! (walaupun saya berada di sini,bukan di rumah)
~assalamualaikum abang! (walaupun abangnya di SMKA KERIAN)
***saya suka semua itu! ;)
Saya takut bersebab..bukan sengaja..
Misalnya muzakkkir,bukanlah maksud saya bila dia semakin dewasa,dia semakin lupa siapa keluarganya..tapi,saya ingat lagi..
Saya: muzakkir,jom tangkap gambar.(sambil memeluk lengannya)
Muzakkir: tak nak la! Nanti orang ingat kamu awek orang!
Saya:gulp!erk.ohh,ok..
Mula-mula saya biarkan situasi ini berlaku beberapa kali.fikir saya,ahh mungkin muzakkir tengah dalam fasa alam remaja.proses pembesaran!
Tapi saya tak boleh tahan! Lama jugak saya kaunseling dia hari tu..antara ayat saya,”kak icah ni kakak kamu,ape nak malu??ooo,malu orang tengok jalan dengan kakak ke? (dengan nada jenaka,walaupun waktu itu air mata saya tahan,saya tak mahu tumpas!) beberapa kali jugak saya mengadu pada mak!
Hasilnya,sekarang dia tak lagi segan.Mungkin hasil nasihat saya,ataupun fikiran muzakkir yang semakin matang.
Tapi,walauapapaun saya tahu,mereka akan terus membesar!
P/s:mungkin pada yang baca entri ni ada yang akan cakap:
1.eleh,abis tu,dia nak adik di tak besar-besar ke? Nak maintain kecik je?
2.alahai,poyo la minah ni,kecoh!
3.ni pun nak letak dalam blog ke?
Jawapan saya:
1.Cuma luahan hati seorang kakak.
2.sedih saya bersebab,gusar saya bermakna.
3.err,bukan ke ni gunanya blog?
Maaf pada sesiapa yang rasa menyesal baca entri ni..
Maaf juga pada sesiapa yang sangat tak setuju dengan saya.
Maaf pada sesiapa yang menyampah!
Kata saya:saya seorang hamba,anak,kakak, yang lemah..
Ikhlas: saya ;)
1 comment:
akhirnya adik akak memahami akn jiwa akaknya,..
Post a Comment