Friday, July 2, 2010

Muzik mereka,lakaran jiwa saya.

Assalamualaikum w.b.t dan selamat singgah la ye ke blog yang x popular lagi picisan ni. :)

Fuhh.tak pernah-pernah tulis tajuk panjang macam ni. (--")
Tengok tajuk pun mesti dah tau kan?
yup! kali ni saya nak story sikit pasal toy story.eh.eh.bukan-bukan.err,saya nak story sikit pasal manusia-manusia famous yang saya rasakan,saya suka suara,lunak muzik,dan mungkin juga peribadi mereka.

Tanpa melengahkan masa,dengan ini saya mempersembahkan,mereka-mereka ituuuuuuuu:


1. RAIHAN


Yup,RAIHAN di tempat pertama.saya membesar dengan mereka.zaman kanak-kanak saya,bersama RAIHAN.zaman remaja saya,bersama RAIHAN.zaman tua saya,eh,eh.saya belum tua. ;p
segar lagi di ingatan,bila saya balik dari tadika,belum pun tukar baju lagi,dah bukak kaset(time ni saya tak ada lagi cd,mp3) semata-mata nak dengar lagu RAIHAN.siap amik microphone lagi nak nyanyi kuat-kuat. Berkumandang satu rumah dengan suara lunak merdu lagi berkrim saya.hehe :P
"iman adalah mutiara,di dalam hati manusia"..
"Adam,Idris,Nuh,Hud,Soleh,Ibrahim,Luth,Ismail.."
"tanya pada ibu,mengapakah kita mesti mentaati ALLAH YANG MAHA ESA,tanya pada ayah mengapakah kita mesti,menjadi seorang anak yang soleh.." -alamak! TERindu la pulak zaman comel-comel dulu. (--')
Pengaruh mereka besar pada saya.Bila dulu seorang daripada mereka pergi menghadap DIA,saya turut sebak.(walaupun waktu tu kecik je lagi).dan bila Nazrey meninggalkan RAIHAN,oh~saya terkesima!
tapi saya tetap sokong mereka.Lagu RAIHAN apa yang best? ohw,tidak terkira,tidak terjawab.saya pasti,saya yakin,"sebrutal-brutal" korang pun,mesti pernah dengar jugak lagu-lagu RAIHAN kan? ye la,RAIHAN merupakan pemegang rekod penjulan album terlaris di Malaysia.Hebat bukan? setuju? ke tak setuju?

2. MAHER ZAIN


Ok,pada sapa-sapa yang tak kenal sapa itu Maher Zain,err,tak terlampau kot kalau saya cakap anda agak ketinggalan berzaman-zaman.hehe. :p
Mengapa saya kata begitu? dia merupakan fenomena, ikon pencetus revolusi baru dalam arena industri nasyid.Kalau yang pernah dengar lagu-lagu Maher Zain ni,mesti korang perasan kan,muzik dia tidak terlalu berat,ayatnya ringan,irama muziknya agak moden(jika dibandingkan dengan alunan nasyid kebanyakan). Contohnya,lagu-lagu blast beliau seperti: OPEN YOUR EYE, FOR THE REST OF MY LIFE(lagu ni sesuai kalau suruh bapak-bapak korang nyanyi untuk mak-mak korang ;p),Is ALLAH satisfied?,dan mungkin juga BARAKA_ALLAHU_LAKUM.Setuju? ke tak setuju? :P

3. OPICK



Yup,dia juga antara penyanyi yang saya gemar.Actually nama sebenar dia,bukanlah OPICK.Tapi, Awnur Rofiq lil Firdaus.Pernah dengar lagu-lagu dia? tak pernah dengar? mustahilllll.saya pasti korang semua pernah dengar! confirm! sebabnya,bila korang bukak je blog saya,ada lagu kan? tu jugak salah satu lagu OPICK.Tajuknya,Taubat.Banyak lagi lagu-lagu dia.Contohnya, BILA WAKTU TELAH BERAKHIR,ALHAMDULILLAH,dan juga TAMBO ATI.Sejarah beliau lebih kurang macam Yusuf Islam.Iaitu dari seorang penyanyi rock kepada seorang penyanyi berunsur ketuhanan.Suara OPICK tidak dapat dinafikan lagi kehebatannya.setuju? ke tak setuju?

4. SAMI YUSUF



OH! tergoda tak tengok gambar dia(eypp! girls only!) haha.tak la.lawak-lawak je.Bonus untuk dia.Pakej lengkap! Handsome,suara pulak sedap.Beliau bernaung di bawah label yang sama dengan Maher Zain,which is Awakening Records. Lagu-lagu Sami Yusuf ni pun tak kurang hebatnya.Tapi yang paling di ingati,lagu AL-MUALLIM dan ASMA'UL ALLAH. alahai.dah la lagunya best,video clip dia pulak gempak! berbaloi-baloi kalau tengok.setuju? ke tak setuju?

OH! cukuplah empat eh? karang melalut-lalut pulak.Entri ni pun sebenarnya sekadar melunaskan tanggungjawab "mengupdate" cerita baru,dan jugaaaa buang sawang yang dah makin banyak! :P


Pernah juga saya dengar,

"tak baik kita suka-suka,puja artis ni.Tak elok!"

Jawapan saya:

"saya bukan menyanjung,jauh sekali memuja mereka.Bukan juga dijadikan idola.Cuma,saya jadikan lagu-lagu,kejayaan,bait-bait kata lagu mereka sebagai salah satu alat atau cara untuk menghiburkan hati.Lagu-lagu mereka juga banyak mengagungkan DIA.Bak kata RAIHAN,

"BERHIBUR TIADA SALAHNYA,KERNA HIBURAN ITU INDAH.HANYA PABILA SALAH MEMILIHNYA MEMBUAT KITA JADI BERSALAH!" :)

sekian dulu dari saya,Hanisah Safian,kita kembali ke Sri Pentas.

19 comments:

Anisa said...

suka suka raihan & maher zain
:)
lagu berunsur ketuhanan mmg best

NAZ said...

honestly saya lebih suka raihan yang sebenar saya maksudkan yang lama :) mereka mampu ke serata dunia itu yang buat saya kagum :)

Melatidaisy said...

salam ziarah dan salam ukhwah :)

ke empat2 tu mmg faveret sy jgk..setuju dgn awk, bait2 lirik sebenarnya yg mengindahkan lgu2,apatah lg lirik yg sgt halus menembusi jiwa kita :)

Abd Razak said...

Salam..

Moga sihat hendaknya...

Saya pun suka dengar ke empat-empat penyanyi nasyid ni. Waktu mendengarnya ketika tengah jogging

Nik said...

akak suka raihan..album raihan yg first akak beli..smua lagu2 dlm tu sgt2 best.. :)

Husna Adilah said...

yesss akhirnye dapat komen!!! >_<terharu terharu!!!

p/s: sy sangat minat raihan. Lagu lama nya masih terngiang2 dan sentiasa dimainkan bila ad kelapangan :)

Arianni said...

Salam ziarah kembali..

Setuju dgn kata2 itu..berhibur itu tiada salahnya tp jangan sesekali tersalah pilih.. :)

Unknown said...

suka raihan time kecik2 dulu...lagu dieorg mmg best...tapi sekarang mana silapnya...

faizalnizam said...

maher zain memang best. thumbs up..

thanks for coming to my blog :) really appreciate it. come again okay?

Hanisah Safian said...

aNiSa hANg tUaH :

memang best! tak dapat nak dinafikan lagi.hehehe :P

Hanisah Safian said...

naz : saya setujuuuuuuuuu sangat!
sampakan mat-mat n minah-minah salleh pon hafal lagu RAIHAN. :)

Hanisah Safian said...

melatidaisy : salam ukhwah kembali! :)

ye,berhibur pun ada syaratnya.

Hanisah Safian said...

Abd Razak : wasalam.

Lagu diorang memang best kan?

Hanisah Safian said...

nik rosmawati:

kita serupa akak.lagi diorag xde yang x best! :P

Hanisah Safian said...

Puteri Dyla Qistina : hahahah. kan dah cakap.boleh ajeeee la. :P

Hanisah Safian said...

Arianni : wasalam.

saya pun setuju! :P

Hanisah Safian said...

E.d.Y :saya sependapat dengan kamu.Ya! sependapat.

Hanisah Safian said...

Fyzal : thumbs uppppp!!!

sure.nanti saya jenguk lagi eh?hahahah :D

si para para said...

suka lagu raihan..
semua album ada..
tapi yg baru ni dah miss.
sejak nazri johani keluar buat solo..
raihan dgn nazri johani x boleh di pisahkan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails